Thursday 23 April 2020

Umat Islam Di Malaysia Mula Berpuasa Esok, Jumaat, 24 April


UMAT Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, Jumaat, 24 April, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, sebentar tadi.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari itu menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini, 23 April, bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah.


Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 15 lokasi di seluruh negara.

Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Bulan Ramadan kali ini mungkin sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana tahun ini negara sedang berusaha ‘berperang’ dengan Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Malah, tahun ini tiada solat Tarawih berjemaah di masjid atau surau dan juga tiada Bazar Ramadan untuk kita membeli juadah berbuka puasa. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat semua umat Islam khusunya di Malaysia dan seluruh dunia.

Sumber: Harian Metro, Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/3bwpNtp
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Kw488s
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment