Monday, 27 April 2020

Apa Terjadi Kepada Ahmad Farid Sebenarnya? Bapa Pelik Motorsikal Arwah Tidak Ditemui


Sabtu lalu, Malaysia digemparkan dengan penemuan rangka mayat seorang remaja lelaki di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara dekat Nilai, pada 12 tengahari.

Mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Farid, 19, dilaporkan hilang selama 42 hari, dipercayai pergi ke Ampang, Kuala Lumpur pada malam 13 Mac lalu untuk meraikan hari jadi rakannya.

Bagaimana pun, Ahmad Alaudin Mustafa, 67, bapa kepada mangsa masih lagi dalam tanda tanya mengenai punca sebenar kematian anaknya.

Pelik motorsikal arwah tiada bersama

Ini kerana, ketika mayat arwah ditemui, motosikal yang dinaikinya tiada bersamanya, mencetuskan persoalan di kalangan ahli keluarganya.


“Timbul tanda tanya di kalangan kami sekeluarga kerana ketika mayat arwah ditemui di lebuh raya, motosikal yang dinaikinya tiada bersamanya…”


Apa yang berlaku pada arwah?

Justeru, dia mula meragui sama ada arwah anak bongsu dari lima beradik meninggal dunia akibat kemalangan atau sebaliknya yang berlaku. Berikutan, tiada tanda kemalangan di tempat kejadian.


Terdahulu, keluarga Ahmad Farid telah menjalankan misi pencarian selepas dia didapati hilang tanpa jejak, sehingga mendapat berita penemuan mayat mangsa yang sudah reput dan tinggal rangka ditemui di dalam longkang di lokasi kejadian.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Ahmad Farid telah selamat kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Semubok, Durian Tunggal Melaka.

Sumber : Harian Metro, Ain Alaudin & Ahmad Alaudin Mustafa via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/3cNWoLa
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2SbFf6z
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment