Saturday 25 April 2020

84 PATI Ditahan Cuba Masuk Malaysia Melalui Lorong Tikus


KUALA LUMPUR: Seramai 84 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap kerana menceroboh negara melalui lorong tikus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan 18 Mac lalu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pemantauan bagi mengawal sempadan termasuk 'lorong tikus' diperhebat dan diperketatkan bagi membendung penularan COVID-19 daripada kluster import ke negara ini.

"Setiap agensi keselamatan terbabit memperketatkan kawalan di sepanjang sempadan negara terutamanya di lorong tikus bagi mengelak pendatang asing tanpa izin membolosi sempadan negara, sekali gus membendung penularan COVID-19 ke dalam negara.

"Ini kerana, kerajaan sentiasa tegas dalam memastikan sempadan serta kedaulatan negara tidak dicerobohi, " katanya pada sidang media PKP harian di sini, hari ini.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2VZhXBE
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Y34FH3
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment