Thursday, 30 April 2020

Moratorium 6 Bulan: Pinjaman Kenderaan Sebenarnya Masih Dikenakan Faedah & Peminjam Perlu Beritahu Pihak Bank


Bagi mereka yang mengambil pilihan moratorium 6-bulan untuk pinjaman sewabeli kenderaan mereka, informasi terkini mendapati mereka sebenarnya akan dikenakan faedah untuk tempoh enam bulan tanpa pembayaran itu.

Menurut laporan RinggitPlus.com, faedah akan dikenakan mulai esok.

Ini berlainan dengan kepercayaan ramai bahawa kadar faedah tidak akan dikenakan dalam tempoh enam bulan tersebut.

Moratorium juga bukan lagi menjadi pilihan automatik dan peminjam perlu memberitahu bank samada mereka mahu mengambil moratorium atau teruskan pembayaran.

Ini bercanggah dengan apa yang diperkatakan dahulu.

BNM sekarang mahukan pelanggan untuk memberitahu kepada bank dengan jelas pilihan pembiayaan sewa beli kenderaan mereka semasa COVID-19.


Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh ABM tadi, pihak peminjam mempunyai dua pilihan sekarang:

1. Bayar jumlah ansuran terkumpul enam bulan itu sekali dengan pembayaran ansuran untuk bulan Oktober 2020 dan mereka tidak akan dikenakan faedah.

2. Teruskan pembayaran ansuran bulanan bermula dari Oktober 2020 dengan tambahan tempoh pembayaran selama enam bulan. Faedah untuk tempoh tambahan enam bulan itu akan berdasarkan  kontrak sewa beli asal dan akan dikenakan ke atas jumlah bayaran yang tertangguh itu dan perlu dilangsaikan dalam tempoh tambahan tersebut.

Untuk pilihan kedua, mereka akan melihat tambahan pembayaran bulanan bermula bulan Oktober 2020. Ini adalah selari dengan apa yang difahamkan keapda Careta pada awal moratorium ditawarkan kepada pengguna Malaysia.

Untuk mereka yang tidak mahu mengambil pilihan moratorium bermula pada bulan Mei esok, tidak ada sebarang penalti akan dikenakan.

BNM berkata pihak bank tidak boleh mengenakan fi lewat bayar ke atas pembayaran yang ditangguhkan jika mereka mula menyambung pembayaran mereka dalam bulan Mei.

Menurut laporan dari RinggitPlus.com, institusi perbankan negara bakal berdepan dengan kerugian berbilion ringgit jika "cuti enam bulan tanpa faedah" dilaksanakan.

Laporan asal dari Ringgitplus.com



from Sehinggit Media https://ift.tt/3cZM4zY
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3d5Nwkv
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment