Friday 31 March 2017

"Pengantin Lelaki Cetak Wang Palsu Untuk Dijadikan Hantaran Mas Kahwin"


Isu wang hantaran mahal sering kali diperkatakan oleh kita. Ada yang bersetuju kalau wang hantaran diletakkan tinggi dan ada pula sebaliknya. Namun coretan seorang peguam Hasif Hasanmengenai kisah wang hantaran ini agak luar biasa tapi mungkin kita dapat jadikan satu iktibar. 

Bila saya lihat dalam Facebook, Utube yang kecoh kecoh pasal wang hantaran kawin sampai 20, 30 ribu ringgit. Saya jadi kurang seronok. 'Awat mahai sangat na? Jual anak ke apa? getus saya sendirian.

Tapi zaman la ni, tak ada yang mustahil. Orang kampung saya kata, 'noting is impossible'. Cerita pasal wang hantaran tinggi ni saya teringat satu kisah di sebuah mahkamah di ibu negara. Time tu saya kebetulan ada kes lain kat situ. Jadi sempatlah saya ikuti apa yang berlaku.

Seorang jejaka macho masuk ke dalam kandang selepas nama dipanggil. Muka dia, saya nampak macam nervous aje. Dibacakan pertuduhan kepada beliau:

Antara lain berbunyi;

'bahawa kamu...pada tarikh..di sebuah... di Kampung..telah menggunakan wang palsu dalam note RM100 sebanyak .... keping sebagai tulin bagi satu hantaran mas kawin.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan. 

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tempoh 20 tahun dan denda'.

Alahai..'heavy' nya hukuman, bisik saya. Kalau dengan hukuman lagu tu, sah lepas ni pesalah terus taubat nasuha. Tak kawin pon tak pa.

Mengikut fakta dikatakan bahawa bapa pengantin perempuan terkejut apabila melihat semua wang kertas note RM100 yang dimasukkan dalam album gambar hanya mempunyai cetakan bahagian hadapan manakala belakangnya kertas putih.

Penipuan disedari oleh bapa pengantin perempuan ketika mengira wang hantaran selepas majlis akad nikah oleh imam.

Dalam hari saya.. Alahaiii bertuah betul dapat menantu macam ni.

Saya juga berfikir, macam ni punya hantaran, bukan setakat 20 ribu ringgit yang lelaki mampu sediakan. 200 ribu malah 20 juta pun mampu disediakan.

Apa yang perlu ialah sebuah mesin photocopy warna (tak kena beli, pergi kedai photocopy aje), kertas yang 'high' quality dan cutter untuk potong kasi 'ngam ngam' macam size duit betul.

Just press 'button' mesin photocopy aje, terus 'wang' kertas keluar.

Cakap aje, berapa bapa mentua mau?

Dua Puluh Ribu, Dua Ratus Ribu, Dua Juta pun menantu boleh sediakan.

Bagi saya pengajaran cerita ini ialah kefahaman bahawa menantu lazimnya baru habis belajar, baru dapat kerja, yang belum berkerja pun ada, bukan kaya pun lagi nak di 'cekau' duit oleh keluarga perempuan. Maaf, bahasa saya gunakan mungkin agak 'hash' sedikit.

Wang hantaran tu biarlah reasonable. 

Ukur baju di badan sendiri. Jangan pula besar pasak dari tiangnya.

Kalau jadi macam kes wang palsu digunakan, siapa yang susah?

Yang si lelaki confirm dah masuk 'dalam', jika tidak Penjara Pengkalan Chepa mungkin Machang. Penuh Machang, Marang pun kosong lagi.

Si perempuan pula 'makan hati berulam jantung'.

Yang bapa mentua pula seperti 'nyamuk mati gatal tidak hilang'.

Apa apa pun, ukurlah baju di badan sendiri. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Sekian.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2osaXMg
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nGM53m
via merahhaticintaku.blogspot.my

Memudahkan Perkahwinan Itu Bagus, Tapi Kalau Ambil Mudah Perkahwinan Dah Rumahtangga, Itu Bahaya Dan Berdosa.


Memudahkan Perkahwinan Itu Bagus, Tapi Kalau Ambil Mudah Perkahwinan Dah Rumahtangga, Itu Bahaya Dan Berdosa.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah..

Memudahkan perkahwinan itu bagus, tapi kalau ambil mudah perkahwinan dah rumahtangga, itu bahaya dan berdosa.

Macamana yang kata ambil mudah rumahtangga ni?

Suami tak bagi nafkah, tak sediakan rumah, tak beli lauk pauk rumah, tak beli beras, tak merancang keluarga hingga anak berderet-deret tak ada selang langsung hingga terabai hak kasih sayang anak dan kesihatan isteri, buat tak hairan dengan pakaian anak isteri, isteri tak jaga rahsia suami, anak dibiarkan dididik oleh YouTube, hubungan dengan mertua tak selesai dan macam-macam lagi.

Ada ke macam ni?

Adaaaaaa, lebih dari ada.

Rumahtangga tak selesai, masyarakat akan pincang, bila masyarakat pincang, negara akan hilang kualiti.

Jangan pandang enteng rumahtangga yang kukuh dan bahagia, ia tak akan datang sendiri, kena belajar, kena diusahakan.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nsJA3Q
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2mXCwQF
via merahhaticintaku.blogspot.my

Jangan Ambil Mudah..Doktor Ini Jelaskan Kenapa Elakkan Tuam Anak Dengan Air Panas Atau Sejuk Jika Anak Demam


Perkara yang paling merisaukan ibu bapa adalah apabila anak kesayangan tidak sihat terutama bila anak deman. Habis semua kerja tak jadi kerana perlukan perhatian ibu bapa dengan sepenuhnya. 

Kebiasaannya ibu bapa akan membawa anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan kadang-kadang menuam kepala anak dengan air suam supaya suhu demam turun. Namun begitu, perkongsian dari Dr Abdul Rahman Abdul Kadir memberi pesanan kepada ibu bapa agar tidak menuam anak dengan air suam ataupun air sejuk. Ini penjelasan dari doktor tersebut. 

Demam adalah suatu sakit yang amat biasa dialami oleh anak2 kita. Ia biasanya adalah merupakan satu response normal tubuh badan terhadap jangkitan kuman (virus, bakteria dan sebagainya).

Demam yang tinggi kadang kala adalah bahaya dan boleh menyebabkan sawan yang boleh merosakkan otak.

Juga demam yang tinggi akan menyebabkan anak2 tidak selesa dan meragam.

Salah satu cara mudah menurunkan suhu badan selain mengambil ubat paracetamol adalah dengan memakaikan anak anda dengan pakaian ringkas dan tipis bagi memudahkan haba badan terbebas.

Juga ramai perawat akan menasihati ibubapa melakukan tuaman pada tubuh badan secara berkala apabila suhu badan tinggi dengan tuala yang basah.

Ini menimbulkan persoalan kepada ramai sama ada perlu menggunakan tuala basah yang sejuk ataupun panas/suam. 

Ada yang mengatakan guna tuala sejuk dan ada yang kata guna tuala yang direndam dengan air yang panas/suam.

Pandangan yang lebih rojih/tepat dalam soal ini adalah, gunakan tuala yang direndam pada air pada suhu bilik/ambient temperature. Bermakna, air paip biasa saja adalah memadai.

Air yang panas/ suam akan menyebabkan suhu badan semakin meningkat sebenarnya. Demikian juga air sejuk akan menyebabkan liang2 roma dan saluran darah periferi mengecut dan akan menyebabkan haba badan terperangkap di dalam badan.

Jadi, gunakan saja air pada suhu bilik dan maintain suhu bilik pada suhu yang selesa dingin (tidak terlalu panas mahupun sejuk) kerana ia membantu menurunkan suhu badan melalui kaedah konveksi dan sejatan.

Jika sekalipun terpaksa menggunakan air suam untuk menuam anak anda kerana anak tidak tahan sejuk, gunakan air yang bersuhu lukewarm/suam2 kuku bagi tujuan ini.

Elakkan menuam anak anda dengan air panas (warm water) mahupun air sejuk apatah lagi ais. Tidak perlu menggunakan penampal demam seperti Kool Fever sebenarnya pun kerana tiada bukti keberkesanannya hingga kini.
Semoga bermanfaat.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nG7F8k
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nGrbBk
via merahhaticintaku.blogspot.my

Dah Takde Jodoh - Bekas Teman Lelaki Hadir Hari Perkahwinan, Peluk Erat Bekas Kekasih Atas Pelamin


Apa perasaan anda, setelah bertahun-tahun menyemai kasih menabur rasa cinta, menyulam rindu tiba-tiba, kekasih hati berkahwin dengan orang lain?

Itulah yang dirasakan oleh lelaki dalam foto di atas. Gara-gara terlalu sebak mengenangkan kenangan-kenangan lalu, dia memeluk erat bekas bekas kekasihnya sambil menangis.

Menurut anda, apa perasaan jika sudah bertahun-tahun bercinta namun akhirnya harus merelakan kekasih berkahwin dengan orang lain?

Patah hati, sedih, keliru, marah, mungkin itu yang akan dirasakan. Semuanya bercampur aduk menjadi satu dan mungkin inilah yang dirasakan lelaki di dalam foto tersebut.

Ya, dia seperti sedih dirinya harus menyaksikan bekas kekasihnya dipinang oleh lelaki lain. Ini dapat terlihat dari foto yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Aneverwin, pada 26 Februari 2017 lalu, diolah dari TribunnewsBogor.com.

Aneverwin memeluk erat bekas kekasihnya ketika berada di pelamin. Tidak hanya Aneverwin, bekas kekasih perempuan turut merasakan kesedihan. Bekas kekasihnya itu dilihat mengusap air matanya usai berpelukan dengan bekas kekasih.

“Bertahun-tahun bercinta. Akhirnya disunting orang lain”. Begitulah bunyi kapsyen foto tersebut.

Netizen yang memberi reaksi pada foto ini turut rasa sedih. Ada yang mengaku hampir menangis melihatnya.

“Sedih sekali, jangan ikut menangis juga,” tulis Izmi Ziwe Zumi.

Sementara netizen lainnya cuba untuk memberi semangat kepadanya.

“Sabar, jodoh di tangan yang maha kuasa. Kita menjalani Allah yang menentukan. Cubaaan semua ada hikmah,” tulis Muh Ridho.

“Jejaka ini hatinya mulia, jaga jodoh orang. Tetaplah ikhlas agar dapat pahala,” komen MMas.
“Aku juga bercinta 9 tahun tapi berkahwin dengan orang lain. Juga bukan jodoh,” komen Waode Mastiaty.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oIWXgy
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nUNMMB
via merahhaticintaku.blogspot.my

Beginilah Suasana Mewah Dalam Pesawat Milik Raja Arab. Anda Pasti Terkejut Selepas Melihatnya..


Malaysia menjadi negara pertama yang dikunjungi Raja Arab Saudi Salman dalam lawatannya ke Asia selama satu bulan. Dalam kunjungan ini menunjukkan pentingnya Asia bagi pertumbuhan ekonomi Arab Saudi yang menurun seiring harga penjualan minyak.

Dalam perjalanan menuju ke Malaysia, Raja Arab Saudi beserta 10 Menterinya ini diterbangkan menggunakan pesawat khas Boeing 747SP. Pesawat ini merupakan pesawat jumbo jet mini yang dimiliki oleh Kerajaan Arab Saudi.

Apabila melihat kabin pesawat sememangnya nampak mewah dan seolah-olah seperti sebuah istana. Dengan sofa kulit, bilik mandi seperti dalam istana, dan juga kerusi urut sungguh mengagumkan. Pesawat ini setinggi dua tingkat di mana tingkat pertama diisi dengan sofa urut, ruang tamu, serta bilik tidur.

Sementara di lantai kedua disediakan tempat duduk penumpang kelas eksekutif dengan kerusi sofa yang selesa dan luas.





Kesimpulannya pesawat yang digunakan oleh Raja Arab Saudi serta rombongan ini ibarata hotel terbang, mewah sangat! Mungkin perjalanan dengan jarak jauh selama puluhan jam sekalipun tidak akan terasa ketika menaiki pesawat ala rumah mewah ini.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2noITYp
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nJmCbi
via merahhaticintaku.blogspot.my

Budak Nyaris Mati Tercekik Gara-gara Pengasuh Berdendam Dengan Si Ibu


FUZHOU, CHINA - Alangkah terkejutnya sasangan suami isteri apabila mendapati anak mereka didera oleh pengasuh yang baru diupah sebulan yang lalu menerusi rakaman video live di telefon bimbit mereka, lapor Daily Mail. 

Tindakan pengasuh berusia 40'an yang memukul dan mengoncang mangsa berusia setahun itu dirakam oleh monitor yang dipasang ibu bapa mangsa. 

Apabila ibu bapa mangsa mempersoalkan tindakan wanita berkenaan, dia menjelaskan bahawa emosinya tidak begitu baik pada hari kejadian, sebelum keluar dari rumah majikan dengan membawa bersama beg pakaiannya. 

Zhang dan isterinya, Chen, mengupah Cik Zhou, berasal dari wilayah Jiangxi melalui sebuah agensi sebulan lalu untuk menjaga anak mereka kerana mereka sibuk menguruskan perniagaan. Pasangan itu kemudian memasang monitor di rumah untuk memantau anak dan pengasuh berkenaan yang videonya boleh disiarkan ke telefon bimbit mereka sepanjang masa. 

Sekitar jam 6 petang, 18 Mac lalu, alangkah terkejutnya Zhang apabila mendapati pengasuh berkenaan menyuap nasi pada anaknya secara paksa dan hampir menyebabkan anaknya tercekik. 




Video rakaman yang dikongsikan itu juga menunjukkan mangsa muntah di atas meja, lalu kepalanya ditampar oleh pengasuh. Selain itu, hidung mangsa turut dipicit pengasuh untuk memastikan kanak-kanak itu menelan makanannya. Biarpun mangsa menangis, pengasuh itu langsung tidak menghiraukannya. 

Ketika kejadian itu berlaku, Zhang dan isterinya berada di Quanzhou, menyebabkan mereka segera pulang ke Fuzhou pada keesokan pagi dan segera membawa mangsa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan, sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 

Zhang dan Chen kemudian berdepan dengan Zhou di rumah dan bertanya mengapa dia mendera anak mereka. Namun Zhou menafikan dakwaan itu. Selepas Ditunjukkan video rakaman tersebut, Zhou akhirnya mengaku dan menjelaskan emosinya tidak begitu baik pada hari kejadian sebelum melarikan diri dari rumah itu dengan beg pakaiannya. 

Menurut Chen, dia sebelum ini pernah menegur Zhou yang membawa anaknya pergi ke tempat orang ramai. Chen mengesyaki Zhou tidak berpuas hati dengan teguran itu lalu melepaskan kemarahannya itu pada anak mereka. 

Menurut laporan Shanghai Daily, mangsa disahkan menghidap aspiration pneumonia akibat didera pengasuh berkenaan. Polis kini sedang menyiasat kes tersebut.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nJlsME
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2noUXc1
via merahhaticintaku.blogspot.my

6 Jenis Makanan Yang Baik Diamalkan Untuk Penghidap Sakit Gout. Mohon Share Pada Mereka...


Sakit gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi.

Selain guna penawar gout , penghidap sakit gout juga sebaiknya mengamalkan pemakanan yang sesuai untuk penyakit gout. Di bawah adalah serba sedikit kompilasi maklumat dari internet yang boleh menjadi panduan untuk mengatasi penyakit gout.

Antara perkara penting dalam pemakanan untuk sakit gout ialah banyakkan memakan makanan bersifat alkali.

Antaranya adalah:

1. Buah dan sayur: kerap makan lobak putih, daun saderi/sup, atau buah ceri (dos rawatan gout: 25 biji sehari), atau cuka epal 1 sudu besar selang sehari. Cuka epal dan buah ceri adalah rawatan yang berkesan untuk penyakit gout.

Juga boleh amalkan Alfalfa kerana ia tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah. Daun pasli pula adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.

2. Banyakkan minum air beralkali seperti air telaga, air bukit, air zam-zam, air bertapis, air bawah tanah.

3. Sumber protein : Ganti ayam daging dengan ayam kampung / organic kerana ayam kampong kurang bersifat asid berbanding ayam daging komersial. Walaubagaimanapun hadkan pengambilannya kerana ia juga termasuk makanan berasid. Elakkan daging lembu. Hadkan pengambilan susu kepada 1 pain sehari.

4. Ganti majerin, lelemak sayuran / shortening, krimer minyak sayuran, dan minyak sayuran terhidrogen dengan mentega susu asli (Anchor, SCS), minyak sapi asli (QBB).

5. Ganti gula pasir putih dengan gula merah, gula molasses, madu asli, jaggery cane sugar (gula tebu asli), gula nipah, gula kabung, gula kelapa asli.

6. Kurangkan makanan berminyak / bergoreng. Jika hendak menggoreng @ menumis, guna minyak zaitun extra virgin atau minyak karotino. Kurangkan penggunaan minyak masak bertapis/refined yang diproses secara kimia. Jangan guna minyak goreng lebih 3x recycle.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ormviH
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nJchfx
via merahhaticintaku.blogspot.my

Remaja Muslim Berusia 14 Tahun Yang Digelar 'Manusia Kalkulator' Ini Adalah Pensyarah Matematik Termuda Di Universiti Leicester


Dengan muka yang innocent, dan berbadan kecil, anda pasti tidak menyangkakan apa-apa yang luar biasa mengenai remaja ini. Remaja genius yang beragama Islam ini baru sahaja berusia 14 tahun, namun beliau merupakan salah seorang daripada kanak-kanak terbijak di Britain, yang diambil menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti mengajar orang dewasa dalam bidang matematik.

Yasha Asley, 14, diambil bekerja oleh Universiti Leicester kerana kebolehannya memahami permasalahan matematik dan dapat menerangkan dengan sangat jelas. Selain mengajar, beliau juga merupakan pelajar ijazah sarjana muda di universiti tersebut. Tugas Yasha adalah untuk mengajar tutorial setiap minggu kepada pelajar dewasa. Beliau merupakan pelajar termuda di universiti tersebut, dan juga pekerja termuda.

Kanak-kanak genius ini ditemuduga dan ditawarkan bekerja ketika beliau berumur 13 tahun, mengalahkan pemohon dewasa. Pegawai pentadbiran perlu memohon kepada majlis bandaraya Leicester untuk kebenaran khas untuk mengambil beliau bekerja kerana umurnya yang terlalu muda. Tutorial yang diajar Yasha setiap minggu adalah untuk pelajar dewasa yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar menyelesaikan soalan.

"Saya sedang menjalani masa yang paling seronok dalam hidup saya. Saya sangat suka pergi ke universiti dan saya seronok dengan kerja baru saya membantu pelajar lain. Tiada lagi pakaians seragam sekolah pada saya. Saya sangat berterima kasih,"

- Yasha Asley

Yasha yang juga digelar sebagai "manusia kalkulator", sekarang berada di tahun akhir dan bercadang untuk menyambung pelajaran di tahap PhD apabila tamat kursus. Pelajar pintar ini bersekolah di sekolah rendah di negeri itu sebelum mendapat tempat untuk belajar di tahap ijazah sarjana muda dalam bidang matematik ketika hanya berusia 12 tahun pada 2014. 


Beliau merupakan pelajar pertama di dunia yang mendapat gred A dalam matapelajaran matematik dalam A Level dengan mendapat markah 100 dan 99 dalam 2 kertas daripada 6 kertas peperiksaan ketika beliau hanya berusia 8 tahun. Beliau lulus A Level dalam mata pelajaran matematik dan statistik ketika berumur 9 dan 10 tahun.

Selepas menamatkan tahun 6 di sekolah rendah beliau terus sambung belajar di universiti. Dengan pencapaian beliau, Yasha berkata :

"Saya amat menyukai matematik kerana ia sains yang tepat. Ianya adalah satu-satunya sains yang anda boleh buktikan apa yang anda cakap itu betul. Ia juga sangat mudah dan subjek yang seronok untuk dipelajari,"

- Yasha Asley


Bapa bertuah, Moussa Asley, 53, yang membesarkannya bersendirian di rumah mereka di Leicester berkata, anaknya dialu-alukan oleh kakitangan dan pelajar universiti.

Bapanya yang menghantar Yasha setiap hari ke kuliah berkata, "Saya sangat berbangga melihat dia berkembang maju dan membesar melakukan sesuatu yang dia sangat suka. Yasha sangat pintar dalam memahami sesuatu masalah dan menerangkan dengan sangat jelas membuatkan dia sangat bersesuaian dengan kerja tersebut,"

Sumber: http://iluminasi.com/


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2okTPLB
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oqVdJj
via merahhaticintaku.blogspot.my

4 Kaedah Mudah Ini Mampu Mengeluarkan Toksin Dalam Tubuh Anda Secara Semulajadi Tanpa Bersusah-payah..


Toksin atau racun dalam tubuh ini sebenarnya bukan hanya melalui pemakanan tapi juga kesan pengambilan ubat-ubatan, udara kotor, radiasi, dehidrasi dan amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok.

Jawapannya adalah detoksifikasi atau detoks iaitu proses pembuangan racun dari dalam tubuh. Ada pelbagai jenis detoks yang boleh anda amalkan.

1. Detoks dengan jus buah atau sayuran

Antaranya adalah menggunakan epal, anggur, belimbing, oren, tomato, nanas, kubis, brokoli, lemon dan timun.

2. Detoks Air

Minum banyak air putih selain merendamkan kami dengan air, mandi dengan air panas dan juga sejuk.

3. Puasa

Sudah diketahui puasa memang satu cara terbaik untuk membuang racun dari tubuh.

4. Bekam

Boleh juga mencuba rawatan bekam yang menyedut darah kotor dari beberapa bahagian tubuh.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oHeANE
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2opIpTJ
via merahhaticintaku.blogspot.my

5 HAL Ini Ternyata Boleh Sebabkan Umat Islam Masuk Neraka Walau Rajin dan Tekun Solat! No.1 Dan No.4 Adalah Yang Sering Dilakukan Tanpa Disedari!


Ketika hari perhitungan amal nantinya pada hari kiamat nantinya, perkara yang pertama kalinya akan dihisab adalah solat. Hal semacam ini tunjukkan begitu utamanya beribadah yang satu ini. Didalam Al-Quran, perintah yang paling seringkali Allah katakan adalah perintah mengenai solat. Ada banyak ayat yang memerintahkan kita untuk tetap membangun solat.

Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda,
"Sebenarnya pertama kalinya yang dihisab (di tanya serta disuruh pertanggung jawaban) dari seluruh amalan seseorang hamba di hari kiamat nantinya adalah shalatnya. Apabila shalatnya baik jadi beruntunglah ia dan bilamana shalatnya rusak, sungguh kerugian menimpanya." (HR. Tirmidz).
Oleh itu, begitu utama untuk kita untuk tetap membangun solat. Tetapi, dizaman yang telah moderen sejenis saat ini ini nampaknya banyak orang yang telah mula melihat remeh solat. Bahkan juga cuma lantaran satu alasan yang remeh saja, seorang boleh dengan mudah meninggalkan solat.

Bahkan juga saat ini banyak orang yang menganggap kalau solat itu cuma untuk kebiasaan beribadah semata. Ada pula seorang yang melakukan solat lantaran sangat terpaksa serta lain sebagainya. Beberapa hal sejenis berikut penyebabnya seorang yang rajin solat tetapi masuk neraka, lantaran dalam melakukan beribadah itu mereka tak dengan tutorial ikhlas meperbuatnya.

Serta di bawah ini terdapat banyak kelompok orang yang rajin solat tetapi masuk neraka.

1. Solat tetapi Suka Berdusta

Berdusta adalah satu diantara dosa besar serta diancam siksa yang pedih di akhirat nantinya. Dizaman sejenis ini, kebohongan nampaknya telah jadi satu rutin di kelompok orang-orang. Walau sebenarnya, sekecil apa pun satu pembohongan bakal tetaplah dikira sebagai dosa besar.

Walau ada seorang yang rajin solat serta melaksanakan ibadah, tetapi bila lisannya suka berbohong jadi solat serta ibadahnya bakal percuma semata. Lantaran pembohongan itu bakal menafikan amal-amalnya. Apabila ia mati dalam keadaan tak bertaubat pada Allah, jadi dia bakal dimasukkan dalam neraka.

Allah SWT berfirman:
"Sebenarnya yang mengada-adakan kebohongan, hanya beberapa orang yg tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, serta mereka tersebut beberapa orang pendusta." (QS. An-Nahl ayat 105)
Berbohong tunjukkan satu diantara ciri dari kumpulan beberapa orang yang munafik. Untuk tersebut kenapa kita sebagai umat Islam harus menjauhi yang namanya aksi dusta, karenanya dapat menyengsarakan kita baik didunia serta di akhirat.

2. Solat tetapi Minum Minuman Keras

Hal semacam ini sering kita temui dikalangan orang-orang, banyak sekali orang yang meperbuat solat tetapi suka meminum minuman keras. Ini mengakibatkan bila menganggap solat cuma untuk satu kebiasaan semata, sehingga dalam melakukannya tak diimbangi dengan hati yang ikhlas. Minuman keras adalah semua type minuman yang memabukkan. Serta minuman sejenis ini begitu dilarang oleh agama Islam. Banyak, orang yang solat belum pasti boleh terlepas dari minuman keras (khamr).

Rasulullah sendiri berkata kalau tiap-tiap minuman keras itu adalah induk dari semua jenis kejahatan, bahkan juga Rasulullah juga melarang tiap-tiap muslim untuk mendekati khamr, terlebih meminumnya. Baik sedikit atau banyak, khamr adalah barang haram yang tidak boleh diambil oleh orang yang beragama Islam.

Rasulullah juga melaknat beberapa orang yang berkaitan dengan minuman keras (khamr), oleh itu sebagai umat Islam harus hukumnya untuk elakkan arak serta menjauhinya. Serta dia kembali bertaubat bila pernah meminumnya, lantaran walau shalatnya rajin, namun bila suka meminum arak jadi neraka bakal jadi tempat kembalinya.

Rasulullah bersabda,
"Barangsiapa minum khamr, pasti Allah berikan minum padanya dari air panas neraka Jahannam" (HR. Al Bazzar)
3. Solat tetapi Yakin Dukun

Orang yang solat tetapi ia yakin dengan dukun atau tukang ramal adalah satu diantara orang yang boleh disebutkan solat tetapi ia masuk neraka. Sejenis kita kenali, dukun adalah orang yang mengakui kalau dia tahu perkara-perkara ghaib serta tersembunyi.

Dalam hadis kisah Imam Muslim, orang yang yakin pada dukun makan shalatnya akan tidak di terima sepanjang 40 hari. Diluar itu, yakin dengan dukun adalah termasuk juga dalam kumpulan dosa besar.

Lantaran cuma Allah sajalah Yang Maha Tahu semua suatu hal. Yakin pada dukun boleh juga digolongkan sebagai aksi musyrik, lantaran dukun itu adalah orang yang bersekutu dengan bangsa jin. Apabila kita memercayainya, jadi kita bakal diserang dosa syirik.

Oleh itu, bila ada orang yang solat tetapi meyakini dukun, benda pusaka, serta lain-lain, jadi ia bakal terancam dosa yang begitu besar.

Rasulullah bersabda,
"Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal atau dukun lalu ia membetulkan apa yang dikatakannya itu, jadi sebenarnya ia telah inhkar pada apa yang telah di turunkan pada Nabi Muhammad SAW" (HR. Abu Dawud, at Turmudhi serta Ibnu Majah)
4. Solat Namun Sukai Bergunjing kejelekan Orang Lain

Allah SWT berfirman,
"Apakah yang memasukkan anda ke dalam Saqar (neraka)?" Mereka menjawab: "Kami dulu tak termasuk juga beberapa orang yang kerjakan solat, serta kita tak (juga) berikan makan orang miskin, serta adalah kita mengulas yang batil, selari dengan beberapa orang yang membicarakannya, serta adalah kita mendustakan hari pembalasan, hingga datang pada kita kematian ". Jadi tak mempunyai matlamat lagi untuk mereka syafa'at dari beberapa orang yang membahagikan syafa'at. "(QS. Al-Muddaththir ayat 42-48)
Dalam ayat di atas, satu diantara penyebabnya orang masuk neraka adalah lantaran sukai mengulas ketidak lebih baikan orang lain. Orang yang membina solat, tetapi suka mengulas kejelekan orang lain jadi ia bakal diletakkan di dalam neraka Saqar.

Allah melarang kita untuk mengulas aib orang lain, Allah berfirman:
"Hai beberapa orang yang beriman, jauhilah banyak purba-sangka (keraguan), lantaran beberapa dari purba-sangka itu dosa. Serta jangan sampai mencari-cari ketidak lebih baikan orang serta jangan sampai kamu mengumpat keduanya. Adakah seseorang di antara anda yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Jadi tentunya anda terasa jijik padanya. Serta bertakwalah kepada Allah. Sebenarnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang. " (QS. Al-Hujurat ayat 12)
5. Solat tetapi Meremehkan Anak Yatim

Beberapa orang yang solat tetapi meremehkan anak yatim adalah termasuk juga dalam kumpulan beberapa orang yang mendustakan agama. Hal semacam ini telah terang diterangkan dalam Al-Quran surat Al-Ma'un.

Jadi, orang yang solat tetapi tidak ingin membantu orang miskin, meremehkan anak yatim, serta malas membantu sesama adalah termasuk juga dalam beberapa orang yang celaka. Hingga, walaupun ia pakar beribadah jadi ia boleh juga masuk ke neraka lantaran ia mensia-siakan anak yatim.

Wallahu a'lam ...............


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oHc2iK
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ohPzfi
via merahhaticintaku.blogspot.my

Tahukah Anda Kenapa Pesawat Dilarang Melintas Diatas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi


Seorang pilot kenamaan Arab Saudi mengungkap bahwa alasan sebenarnya pesawat tidak boleh melintas di atas Ka’bah dan Masjidil Haram bukan karena adanya gelombang magnet, seperti yang diberitakan media-media Barat, melainkan untuk melindungi keselamatan dan kenyamanan para jamaah umrah dan haji.

“Kabar dan informasi yang selama ini beredar di sosial media salah dan menyesatkan,” seperti dilansir portal TV orient-news.net dari Hasan Al-Ghamidi yang juga seorang pilot dan pemerhati urusan penerbangan sipil pada hari Jum’at (13/01).

Hasan Al-Ghamidi menjelaskan dalam rekaman video yang diunggah jejaring sosial Facebook bahwa larangan terbang di atas Masjid Al-Haram bukan karena adanya gelombang magnet yang terpancar dari Ka’bah, ataupun adanya ruangan hampa di atas kiblat umat Islam.

Melainkan karena karena posisi kota Makkah yang berada di wilayah pegunungan, dimana jika pesawat melintas menyebabkan efek suara yang ditimbulkan mesin pesawat dapat memantul dan menimbulkan efek buruk bagi para jamaah umrah dan haji.

Sebab lainnya adalah karena di dalam pesawat yang melintas sangat memungkinkan adanya penumpang non muslim. Dan dalam Al-Quran disebutkan bahwa non muslim tidak boleh memasuki wilayah Makkah dan Madinah. (Kiblat/Ram)


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ohRFM8
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2oH2ZOP
via merahhaticintaku.blogspot.my

SUBHANALLAH..!! Inilah Keistimewaan Hamba Allah Yang Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat Atau Malam Jumaat. [Baca Dan Sebarkan..!!]


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah..

Diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi didalam sunan-nya hadis daripada Abdullah bin Amru, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Tiada seorang pun daripada kalangan orang muslim yang meninggal dunia pada hari jumaaat atau pada malam jumaat melainkan dia dipelihara oleh Allah SWT daripada azab kubur.”

Pandangan ulama’ berkenaan taraf hadis :

Berkata Abu Isa : Hadis ini dho’if (gharib) dan sanadnya (rantaian perawinya) tidak bersambung. Imam Ibnu Hajar Al-Athqolani pula berkata bahawa hadis ini daripada kategori hadis dho’if.

Secara keseluruhan, kebanyakan ulama’ hadis berpendapat bahawa hadis ini adalah hadis dho’if (lemah).Maka hadis dho’if tidak boleh dijadikan sandaran dalam perkara yang berkaitan dengan aqidah (kerana azab kubur merupakan perkara ghaib yang wajib diimani dan merupakan sebahagian dari pegangan aqidah umat islam).

Walaupun hadis dhoif masih lagi didalam kategori hadis yang diterima, namun antara syarat untuk beramal dengannya adalah tidak meyakini sepenuhnya ia datang dari Nabi SAW. Dalam erti kata yang lain, kita tidak boleh meyakini 100% bahawa orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat akan dipelihara oleh azab kubur merujuk kepada taraf hadis tersebut.

Kerana sesungguhnya apa yang membantu seseorang muslim itu didalam kubur nanti adalah amalannya, bahkan ramai daripada kalangan Sahabat -radhiallahu ‘anhum- yang meninggal dunia pada hari selain daripada hari Jumaat. Saidina Abu Bakar r.a sendiri meninggal dunia pada hari selasa menurut satu riwayat akan tetapi beliau sendiri telah dijanjikan syurga baginya.

Sebahagian ahli ilmu pula manjadikannya sebagai tanda-tanda husnul khatimah bersandarkan kepada hadis ini.

Maka seadil-adil pegangan dalam perkara ini adalah sekiranya muncul tanda-tanda seperti ini maka sebagai seorang muslim kita tidak boleh mengatakan secara pasti bahawa si mati dijauhkan dari azab kubur, akan tetapi tidak salah untuk merasa tenang dengan pemergiannya pada hari yang mulia ini,

Begitu juga sebaliknya, kita tidak boleh berkeyakinan bahawa jika tidak muncul tanda-tanda husnul khatimah (meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat) pada si mati, maka secara pasti dia bukan daripada kalangan orang-orang soleh dan dikenakan azab kubur kerana perkara ini tergolong dalam perkara-perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Luqman ayat ke 24 :
“Sesungguhnya hanya disisi Allah ilmu tentang hari kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada di dalam Rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok, dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui dibumi mana dia akan mati.Sungguh, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Sesungguhnya manusia tidak mengetahui dimana dan bila dia akan mati kerana ilmu tentang kematian milik Allah SWT secara mutlak.Oleh sebab itu,yang lebih penting bagi seorang hamba itu adalah beramal dengan amal yang soleh serta mencari keredhaan-Nya dalam setiap perkara yang dilakukan. Wallahua’lam.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nmRE5c
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2mVW4oj
via merahhaticintaku.blogspot.my

Sekali Lafaz, Sharnaaz Ahmad Sah Suami Noor Nabila


Aktor Sharnaaz Ahmad, 32, selamat bergelar suami kepada kakak Neelofa, Noor Nabila, 32, pada jam 9.15 malam tadi.

Dengan hanya sekali lafaz, majlis pernikahan Sharnaaz dan Nabila yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Damansara itu dihadiri oleh keluarga dan teman rapat.

Sharnaaz dan Nabila telah dinikahkan oleh Imam Masjid Damansara Perdana, Ustaz Haji Syamsul Firdaus Mohd Supri dengan mas kahwin RM1000.

Pihak pengantin lelaki memberikan lima dulang hantaran kepada pihak perempuan manakala pihak perempuan pula membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Pelakon drama bersiri Suamiku Encik Sotong ini kelihatan segak menyarungkan busana rona putih hasil rekaan Cosry manakala Nabila pula tampil jelita menyarungkan persalinan rekaan Datuk Radzwan Radzwil.

Majlis resepsi pihak perempuan bakal diadakan di Hotel Royal Chulan Damansara pada Ahad ini manakala majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 8 April ini di Straits Quay Convention Centre Centre, Pulau Pinang.

Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad akan berbulan madu bersama Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor di Italy pada 14 April ini.

Sumber: http://ift.tt/1pk97KA


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oj8dDY
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nSCUyN
via merahhaticintaku.blogspot.my

Ustaz Haslin Tegur Tindakan "CIUM MULUT" Pengantin Baru, Nora Danish Dan Nedim Nazri


Semalam majlis pernikahan Nora Danish dan Nedim Nazri menjadi agak kontroversi apabila Nedim mengucup bibir Nora setelah selesai akad nikah.

Orang ramai berpandangan perbuatanpengantin itu tidak manis dipertontonkan buat tatapan umum apatah lagi ia menyerupai perkahwinan di gereja.

Pendakwah popular Ustaz Haslin ada memberi pandangannya tentang hal ini.

Tindakan pengantin itu memang tidak bagus dipertontonkan di khalayak ramai walaupun sudah sah bergelar sebagai suami isteri.

“Kita ni sebagai orang Islam, bukannya orang Kristian yang memang adatnya si pengantin lelaki akan cium mulut pasangan selepas mereka berkahwin di gereja. Itu mereka bukan bagi kita yang beragama Islam ni.

Sebenarnya, mencium dahi isteri juga adalah lebih baik jika dilakukan secara bersendirian, dan bukan langsung terbuka depan orang ramai sambil ditayangkan pula kepada umum,” 

Apatah lagi Nora Danish sebagai artis popular, perkara berkenaan mungkin menjadi ikutan dan trend kepada mereka yang meminatinya terutama golongan remaja.

Ustaz Haslin juga menegur pemakaian Nora Danish yang tidak mematuhi syriat agama Islam.

p/s: Semua keterangan dari Ustaz Haslin ini dibuat setelah beliau dihubungi oleh blogger MynewsHub utnuk mengulas tentang perkara ini yang kini menjadi viral. 



from Sehinggit Media News http://ift.tt/2ogRAbz
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2mVPBtt
via merahhaticintaku.blogspot.my

Gambar Di Suasana Majlis Malam Berinai Shaarnaz Dan Noor Nabila


Tahniah kepada pelakon Shaarnaz Ahmad dan gadis pilihan hatinya, Noor Nabila yang bakal diijabkabulkan pada malam ini.

Pada malam semalam telah berlangsungnya majlis berinai yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai.

Pasangan ini bakal mengadakan majlis pernikahan mereka di kediaman pengantin perempuan secara tertutup di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Sharnaaz menyatakan dia amat gementar dengan majlis yang bakal diadakan pada mala mini. Shaarnaz dan Noor Nabila sudah dua tahun bercinta.

Jom tengok gambar suasana ketika majlis berinai pasangan ini yang dilangsungkan pada malam tadi.










from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nmpTde
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ogSxB1
via merahhaticintaku.blogspot.my

"Mat Kilang Bukan Bertaraf Low Class, Janji Tak Mengemis Minta Duit Mak Bapak!"


Assalammualaikum.. Aku along , Seorang lelaki lepasan Spm berumur 22 Tahun.. Rasa terpanggil nak kongsi pengalaman aku. Aku tergolong dalam kelompok yang bekerja 12 jam sehari. 

Ye kilang.. Kerja yg ramai membuatkan makcik2 dan pakcik2 di luar sana (bukan semua) memandang rendah pada aku..Mereka tak cakap direct tapi dari riak muka dan cara percakapan aku boleh tahu persepsi dia pada aku..Tapi aku sebagai seorang lelaki yg positif memang aku tak ambik port pasal cakap2 org tua ni..

Yg aku nk citer pasal mentality most of us , ramai yg ingat kerja kilang ni kerja yg teruk , takde class , level2 bangla la org kata.. Tak payah ambik contoh jauh , kawan2 aku sendiri la..Bila aku balik lewat selalu kata2 perli tu muncul , ‘ Dah macam bangla dah ko ni..Pergi kerja gelap balik kerja pun gelap’ ..

Aku senyum je sebab aku tahu kerja aku macam mana.. Dia dok kutuk aku tapi dia dok rumah tak keje sebab memilih..Melepak sana sini pakai duit kwsp mak nya yg baru keluar tu.. Puihhh.. Biar aku kerja teruk takpe asal kan aku tak mengemis duit mak bapak.. Cukup 17 tahun diorang dah support aku..Biar lah aku pula cari duit belanja sendiri dari hari2 dok mintak duit melepak ke hulu ke hilir..

Lagi satu dah keje kilang ni normal bagi aku kalau kena OT hari ahad.. Ini pun jadi satu isu utk kawan2 aku.. Hahahaa diorang tak tahu ke OT hari ahad ni masyuk..? Bukan nya straight sebulan aku kerja tanpa cuti..Aku cuti bila aku rasa penat atau ada hal saja.. Dari aku dok rumah tidur hari ahad baik aku dtg keje OT.. 

Dapat tambah duit poket..Sebulan tak lari 2.5k dgn basic 1200 ni.. Sape nak bagi..? Aku membebel ni bukan nya aku nak citer pasal gaji atau mengutuk kawan2 aku..Tapi bagi aku , majority anak muda memang memilih kerja.. Nak kerja ofis hour.Sabtu ahad nak cuti.. Yela , aku faham siapa yg taknak kan kalau dapat kerja yg selesa mcm tu..

Tapi sebelum kau dapat keje yg kau idam kan tu , ko try la gi keje tempat lain.. Masuk kilang2 besar.. Dan kau akan faham kenapa seorang lelaki muda macam aku boleh tahan kerja kilang yg hari isnin sampai sabtu kerja 12 jam.. Ahad tambah OT 8jam.. Kau akan faham kenapa..

Lagi satu , ko ingat yg keje kilang ni semua jadi operator ke .?? Hahahaaha.. Aku taknak sentuh pasal jenis keje aku. Tapi alhamdulilah sekarang aku kerja dan gembira sebab tak mengemis duit mak bapak … Semua atas usaha sendiri.. Sayonara…


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mVarcA
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ogGseX
via merahhaticintaku.blogspot.my

Nedim Janji Akan Bahagiakan Nora Dan Bimbing Isterinya Itu Ke Syurga


Semalam, dengan dua kali lafaz, pelakon jelita Nora Danish sah bergelar isteri kepada kekasihnya Nedim Nazri yang merupakan anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, lapor Berita Harian.

Nedim, 34, dalam satu statusnya di laman Instagram berjanji yang dia akan membimbing pelakon jelita itu ke syurga dengan keizinan Yang Maha Esa.

"Hari ini menjadi permulaan kepada kehidupan baharu kita. Saya tidak pernah tersekat-sekat ketika berkata-kata, namun malam tadi saya berdepan dengan hal itu. Ia berlaku kerana saya bertemu mimpi (kamu) yang menjadi nyata. Saya tak mampu menahan air mata daripada terus jatuh. Ia air mata kegembiraan. 

"Saya sentiasa berkata, Allah ialah sebaik-baik perancang dan terpulang kepada-Nya untuk membenarkan dua hati menjadi satu. Dengan izin-Nya, Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui, semua berlaku malam tadi. Dengan anugerah itu pada hari ini, kepada Nora Danish, isteriku, saya berjanji untuk menjadi suami yang bertanggungjawab seperti diimpikan dan mencintai kamu secara mutlak. 

"Saya berjanji untuk membahagiakan kamu dan paling penting dengan restu Allah, insya-Allah saya akan membimbing kamu ke jannah," tulisnya.


Nora dalam satu temebual sebelum itu berkata dia berharap agar perkahwinan keduanya ini akan berkekalan selama-lamanya di mana dia melahirkan rasa bersyukur kerana saat yang dinanti-nantikan ini akhirnya menjadi kenyataan.

Lapan tahun bergelar ibu tunggal kepada Putra Rayqal Ramli, 8, pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri ini berharap semoga kebahagiaan yang baru dikecapinya kini berpanjangan hingga ke syurga.

"Penyatuan ini umpama mimpi menjadi nyata. Sudah lama saya tunggu detik ini untuk disatukan dengan belahan jiwa. Harapan saya, semua dapat doakan kebahagiaan kami," kata Nora.


Sebuah gambar dilaman Instagram Nora memaparkan dia memakai baju bertulisan 'Keep calm. I can't. I'm the bride' di baju itu sangat unik dan menggambarkan dirinya kini sudah menjadi milik orang. 

Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nGLD6E
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ogovNu
via merahhaticintaku.blogspot.my

Inilah Hukum Dan Kerugian Menunda Mandi Wajib. Dah Tahu Kongsikan...


Seringkali ramai umat Islam menunda mandi wajib tanpa kerana mungkin malas atau tidak sempat kerana terlambat bangun.

Dalam kitab Shahih At Targhib wa At Tarhib, ada satu bab khas bertajuk, "Ancaman Menunda Mandi (Junub) Tanpa Alasan."

Di bawah bab itu dicantumkan dua buah hadis sahih yang mengandungi ancaman menunda mandi wajib tanpa sebarang alasan.

Apa ancamannya? Orang yang menunda mandi wajib tidak akan didekati oleh malaikat rahmat.

Rasulullah SAW;

"Tiga orang yang tidak didekati oleh malaikat (rahmat): Orang yang sedang dalam hadas, orang mabuk dan orang yang berlumuran minyak wangi khaluq." (HR. Al Bazzar; sahih)

Dijelaskan oleh Al Hafizh bahawa yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini adalah malaikat yang turun membawa rahmat dan berkat, bukan malaikat hafazhah (yang mengawasi) kerana mereka selalu bersama manusia dalam keadaan apapun.

Jadi, bagi orang yang menunda-nunda mandi wajib tanpa alasan kukuh, maka ia tidak didekati oleh malaikat rahmat.

Lalu, adakah seseorang harus segera mandi wajib selepas sahaja melakukan hubungan seks dengan pasangannya?

Rasulullah SAW memberi contoh, selepas menunaikan hajat bersama isterinya, kadang-kadang Baginda terus mandi wajib dan kadang-kadang tidak.

Ketika Rasulullah SAW tidak segera mandi wajib, maka beliau berwudhu dulu sebelum tidur.

Dari Abdullah bin Abi Qais ia berkata, "Saya bertanya kepada Aisyah tentang witir Rasulullah SAW. Lalu dia menyebutkan suatu hadits. Aku bertanya lagi, 'Bagaimana yang beliau lakukan ketika dalam keadaan junub, apakah beliau mandi sebelum tidur atau tidur tanpa mandi? 'Aisyah menjawab, 'Sungguh semuanya telah dilakukan beliau, kadang beliau mandi lalu tidur, kadang beliau berwudhu lalu tidur. 'Aku berkata, 'Segala puji bagi Allah yang menciptakan dalam perkara tersebut suatu keleluasaan." (HR. Muslim)

Hadis lain dalam bab ancaman menunda mandi (junub) tanpa alasan memperjelaskan bahawa yang terkena ancaman tidak didekati malaikat rahmat adalah menunda mandi junub tanpa berwudhu.

Diriwayatkan dari Ammar bin Yasir r.a, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tiga orang yang tidak akan didekati malaikat, mayat orang kafir, seorang yang berlebihan menggunakan wangian yang terbuat dari za’faran, dan seorang yang sedang junub hingga ia berwudhu,” (Hasan lighairhi, HR Abu Dawud [4180]).

Haram hukumnya seorang lelaki menggunakan za’faran pada pakaiannya, badannya atau mengenakan baju yang dicelup warna kuning kerana itu semua adalah wangian dan perhiasan wanita.

Wallahu a'lam.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nGG8Ff
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nD2XIh
via merahhaticintaku.blogspot.my

Banduan Pondan Seksi Dirogol Dalam Penjara Setelah Ditempatkan Bersama Tahanan Lelaki


Kisah tragis hidup seorang Pondan yang dimasukkan ke dalam penjara lelaki dan tubuhnya di 'RATAH' tanpa henti setiap hari sampai 2000 kali secara berkumpulan. Lihat foto-foto lebih mengerikan keadaan tubuh mak nyah itu selepas keluar dari penjara pada tahun ke-4.

Kisah sedih ini bermula ketika Mary (bukan nama sebenarnya) menginjakkan kaki di sebuah penjara di Boggo Road, Queensland, Australia selepas didapati bersalah oleh sebuah mahkamah tempatan.

Tidak seperti kebanyakan tahanan penghuni penjara tersebut, Mary adalah seorang pondan yang boleh dianggap sebagai jelita namun dia harus menjalani hidup bersama-sama dalam satu sel dengan ramai banduan lelaki di situ.

Semua mata dari balik jeriji besi memandang senyum manja ke arah dia ketika pertama kali ‘mak nyah’ seksi ini masuk menjadi pesalah penjara tersebut pada awal dekad 1990-an lalu, lapor media Australia baru-baru ini.

Tidak pernah dibayangkan, hukuman untuk kes curi kereta yang dilakukan oleh Mary telah membawanya ke dalam kancah sebuah “neraka dunia” waima baharu beberapa hari dia dihumban masuk ke penjara berkenaan.

Meskipun sudah sekian kali dia cuba mempertahankan diri daripada menjadi mangsa pemerkosaan banduan lain, malangnya, semakin kuat dia menolak, semakin bernafsu penjahat itu mula bertindak ganas meratahi tubuhnya.

“Setiap kali saya berkata tidak dan cuba menolak ajakan mereka, setiap kali itu pula mereka memaksa. Tidak hanya satu atau dua orang, mereka berkumpulan,” kata Mary ketika ditemu bual laman berita news.com.au.

Sejak saat itulah, Mary hidup dalam ketakutan selama tahun-tahun berikutnya. “Seharusnya, saya tidak curi kereta yang ‘bawa’ saya ke dalam penjara ini,” ungkap Mary yang mengaku tidak mengerti kenapa dia di penjara lelaki.

Berdasarkan pengakuan jujur Mary, setiap hari dia diperkosa bukan sekali, bahkan kadang-kala lebih daripada itu. Penderitaannya sempat disiarkan oleh media, yang kemudian membuatkannya dipindahkan ke sel lain pula.

Dia lalu ditempatkan dalam sel bersama-sama tahanan reman yang menunggu perbicaraan atau mereka yang baharu ditangkap polis. “Namun, perlindungan itu pun tetap berlaku dengan pertukaran seks,” katanya.

Anehnya, selama masa penjaranya, Mary dilabelkan oleh pihak berkuasa Australia sebagai tahanan berisiko. Hal ini susulan tiga kali pondan ini berusaha cuba melarikan diri yang pernah dilakukannya dari penjara tersebut.

“Itu ertinya saya perlu menjalani hidup dalam suasana keselamatan maksimum dengan sebahagian besar tahanan pula merupakan pesalah jenayah kekerasan,” kata manja lelaki lembut yang comel itu penuh keayuan.

“Saya tidak mencuba berahsia untuk hal lain. Saya hanya ingin bebas daripada kekerasan seks yang saya alami,” kata dia. Pengalaman hidup di Boggo, diakui Mary, merupakan yang terburuk dan paling keji pernah dia lalui.

Mary mengaku, selama empat tahun masa di penjara, tidak kurang daripada 2,000 kali kekerasan seksual yang dialaminya. “Selain diperkosa, saya dipukul, dibelasah dan saya melakukan itu semua untuk bertahan hidup.

“Namun, upaya bertahan hidup yang saya lakukan pada dasarnya cuma untuk kenikmatan nafsu banduan lain. Ini benar-benar neraka dan saya rasa mahu cepat mati. Inilah hukuman yang harus saya jalankan,” katanya lagi. 


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nCK8Ff
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ogrk1e
via merahhaticintaku.blogspot.my

Adegan Cium Mulut Nora Danish, Nedim Atas Pelamin Dikecam Netizen


Foto suami pelakon Nora Danish, Nedim mencium mulut isterinya di atas pelamin menjadi viral di media sosial.

Foto tersebut jelas menunjukkan Nedim mengucup dibahagian mulut sambil memegang bahagian mukanya sejurus sejurus selesai majlis akad nikah semalam.

Tindakan itu mengundang rasa kurang senang netizen kerana pasangan berkenaan melakukan aksi tersebut secara terbuka sambil diperhatikan oleh dua orang anak mereka yang masih kecil.

Malah adegan itu juga dianggap sebagai kurang sopan dan meminta supaya pasangan itu menghormati majlis akad nikah.

Selain bercium, busana yang dipakai Nora turut dikritik dan dilabelkan sebagai terlalu seksi untuk majlis berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi video yang dikongsi oleh pelakon Betty Rahman, adegan tersebut berlaku dalam tempoh kurang daripada satu saat.

Berikut merupakan antara komen yang diberikan oleh netizen:







from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nlLWk2
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2mUVEPe
via merahhaticintaku.blogspot.my

Jack Ma Diberi Pinjam RM660, 32 Tahun Lalu, Dibalasnya Dengan USD20 Juta


Pembaharuan negara China pada tahun 1980 telah merubah hidup ramai rakyatnya. Jack Ma, pengasas Kumpulan Ali Baba yang terkenal, adalah salah seorang daripada mereka. Ceritanya bermula sejak organisasi Australia-China menghantar wakil dari Australia ke China untuk meninjau beberapa tempat, termasuk Hang Zhou, kampung halaman Jack Ma.

Pihak kedutaan Australia menghantar seorang lelaki bersama isterinya, Ken Morley dan Judi untuk menjadi wakil mereka. Ken, seorang jurutera bersara, turut membawa bersama ketiga-tiga anak mereka iaitu David, Steven dan Susan dalam trip mereka.

Pada satu hari, ketika mereka melakukan tinjauan di Taman Xi Hu, David mendapat rakan baru pertamanya di China, Jack Ma yang ketika itu secara sukarela menegur David dalam usahanya untuk menambah baik Bahasa Inggerisnya yang masih kurang fasih.

Disebabkan ketika itu China baru sahaja mengamalkan dasar buka pintu kepada negara luar, ramai rakyatnya begitu teruja untuk mempelajari Bahasa Inggeris, termasuk Jack Ma.

Dengan kemahiran bertutur Bahasa Inggerisnya yang 'sedang-sedang', dia memberanikan diri untuk berbual-bual dengan David. Sejak itu, mereka menjadi rakan baik dan berjumpa setiap hari di lokasi yang sama.

Setelah keluarga Ken pulang ke Australia, hubungan David dan Jack Ma berterusan dengan saling berbalas surat lalu mereka menjadi sahabat pena pula.

Masa berlalu, hubungan mereka menjadi sangat akrab sehingga Jack Ma turut memanggil Ken sebagai 'Ayah'. Begitu juga sebaliknya, Ken sangat menyukai Jack Ma. Ken akan memperbaiki kesalahan tatabahasa Jack Ma dalam setiap surat yang dikirimkan, jadi Jack Ma juga dapat belajar dari situ.

Situasi ini berlarutan selama 5 tahun. Pada tahun 1985, pada usia 21 tahun Jack Ma menjadi ketua mahasiswa di Universiti Hangzhou dan dalam tahun yang sama, Jack Ma dijemput oleh Ken untuk ke Australia. Jack yang sebelum itu tidak pernah ke luar negeri, bersungguh-sungguh untuk mendapatkan visa dan pasport buat kali pertama.

Jack berjaya mendapat pasport pertamanya dengan sokongan penuh dari Ken, namun urusannya tidak semudah yang dijangka, Visanya tidak dapat dikeluarkan. Ini disebabkan Australia menyukarkan pengeluaran visa ketika itu. Permohonan akan ditolak jika bukan kerana alasan pendidikan atau melawat keluarga yang mempunyai pertalian darah, begitu juga dengan Jack, di mana permohonannya sudah ditolak sebanyak 7 kali.

Namun Jack yang tidak mudah berputus asa, terus berusaha walaupun dia perlu menghabiskan hampir keseluruhan wang miliknya dan juga tinggal di ruangan bawah tanah. Ken yang mahu membantu Jack, meminta pertolongan rakannya di kedutaan Australia untuk membuat laporan tentang situasi itu.

Sekali lagi, Jack Ma pergi ke kedutaan besar Australia dan kali ini bertemu dengan pegawai yang bertanggungjawab di sana, "Aku sudah seminggu menunggu di sini dan ini adalah peluang terakhirku! Aku harap kita boleh berbincang tentang hal ini!"

Pegawai itu yang terkejut terus bertanya apakah yang membuatkan Jack tampak begitu kesal, "Permohonanku untuk mendapatkan visa sudah ditolak sebanyak 7 kali sepanjang seminggu aku di sini hingga habis semua wang dibelanjakan. Aku tidak kisah jika diminta untuk pulang, tetapi sekurang-kurangnya tolong jelaskan kenapa permohonanku untuk mendapatkan visa ditolak sehingga 7 kali!"

Jack turut menceritakan tentang hubungan rapatnya dengan keluarga Ken. Akhirnya pegawai itu bertanya, "Bolehkah saudara menunggu selama 3 hari lagi?" namun ditolak oleh Jack dengan mengatakan dia hanya mahu menunggu selama 30 minit sahaja lagi.

Melihat kesungguhan Jack, pegawai itu berkata,"Baiklah, saudara betul-betul mahu visa ini? Beri saya masa 5 minit!"

Jack Ma akhirnya berjaya mendapat visa yang diidamkan dan bertolak ke New Castle, Australia selama 29 hari. Di sana, dia mendapat banyak pengalaman yang sangat berguna dan berbeza dengan di China. Dia belajar pelbagai perkara yang membuatkan mata dan pemikirannya lebih terbuka. Dalam tempoh 10 tahun akan datang, Jack merasakan rakyat China perlu berubah dan memiliki pemikiran dan pandangan seperti orang di Australia.

Di sana dia juga melihat ramai orang mengamalkan 'Tai-Chi', senaman kecergasan yang menjadi minatnya. Dia juga turut mengajar senaman itu kepada penduduk di sebuah kawasan perumahan di New Castle.

Tidak cukup dengan hanya pengalaman, Jack juga mempelajari Bahasa Inggeris 'ala' Australia. Dia pulang ke China dengan budaya, pemikiran, pengetahuan yang baru dan juga hubungannya dengan keluarga Ken semakin rapat.

Selepas itu, Ken membawa pula Steven untuk melawat Jack Ma di Hang Zhou. Disebabkan Jack tidak mempunyai kediaman yang cukup besar, dia hanya mampu untuk memberi mereka tempat tinggal di sebuah asrama sekolah.


Ken Morley dan isterinya Judi, bersama Jack Ma.

Segar di ingatan Steven, bagaimana mereka makan dan minum di rumah Jack, berbasikal ke sekolah, dan layanan yang diberikan Jack kepada mereka. Dari situ Ken merasakan bahawa Jack adalah orang yang luar biasa, dan akan berjaya satu hari nanti.

Sebelum Ken kembali ke Australia, dia menyedari bahawa Jack Ma mengalami tekanan ekonomi yang agak teruk, lalu dia memutuskan untuk membantu Jack dari segi pembiayaan persekolahannya untuk setiap semester dan selama 2 tahun itu, jumlah keseluruhan yang dibelanjakannya adalah lebih kurang RM660. Sudah semestinya, bantuan yang diberikan sangat membantu dan Jack Ma amat berterima kasih di atas jasa Ken.

Tanggal September 2004, Ken meninggal dunia pada umur 78 tahun. Disebabkan hubungannya dengan Jack Ma selama 24 tahun itu sangat rapat, pemergian Ken membuatkan Jack sangat sedih dan berdukacita. Jack yang telah menganggap Ken sebagai ayah, guru, bahkan sahabatnya merasakan satu kehilangan yang amat besar. Rancangan mereka untuk bercuti ke Siberia dengan keretapi juga tidak kesampaian.

Tahun berganti tahun, Jack Ma yang telah menjadi individu yang sangat terkenal di China dan seluruh dunia dikunjungi oleh anak Ken, David dengan hasrat untuk merealisasikan impian Jack dan Ken yang belum tercapai. David memahami bahawa kini sukar untuk Jack bercuti atau berhibur seperti orang biasa, namun dia tetap berharap bahawa dia mampu menjadi ganti kepada ayahnya untuk merealisasikan impian itu.

Pada 3 Februari 2017 yang lalu, Jack Ma telah menyumbangkan wang sebanyak USD 20 juta kepada Universiti New Castle di Australia sebagai tanda penghargaan dan juga untuk membalas jasa ayah angkatnya, Ken. Dengan sumbangannya ini, dia berharap anak-anak muda yang mempunyai masalah yang sama dengannya satu ketika dahulu dapat memanfaatkan wang tersebut untuk melihat dunia luar dan membuka mata hati mereka.

Ketika sumbangan itu diserahkan, David yang hadir sebagai wakil keluarganya merasa sangat bangga dan terharu menyaksikan lahirnya seorang individu yang amat luar biasa hasil daripada kebaikan ayahnya.

Jika Ken masih hidup, dia pasti akan berasa bangga dan menangis gembira apabila melihat sendiri kejayaan anak didiknya, Jack Ma pada hari ini yang telah menjadi pahlawan perniagaan dunia.

Kisah hidup Jack Ma ini yang sangat jarang dikongsikan, berjaya mengubah hidup ramai orang dan menjadi inspirasi kepada sesiapa yang mungkin kini berada di satu tahap rendah agar tidak berputus asa dan sentiasa berusaha untuk belajar dan mengejar impian mereka.

Adakah anda terkesan dengan kisah Jack Ma ini? Jangan lupa kongsikan!

Sumber: http://iluminasi.com/


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oFDVaF
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nlXcNx
via merahhaticintaku.blogspot.my

Shuib Sepahtu, Lelaki Yang Patut Dijadikan Sebagai Contoh Suami Idaman


Ada-ada saja kejutan membahagiakan daripada Shuib Sepahtu buat isterinya, Siti Sarah Raissuddin. Daripada baru berkahwin sampai beranak-pinak, misi Shuib tetap sama iaitu meraikan wanita yang paling dicintainya!


“SETIAP kali aku melahirkan anak si suami pasti akan bagi hadiah… Tapi pelik tahun ni ingatkan tak de hadiah tapi tahun ni hadiah paling besar dia bagi, RUMAH! Syukur di bulan mulia ni dapat hadiah paling besar… Syukur alhamdulillah, thank you LOVE…”

Caption yang dimuatnaik oleh Siti Sarah Raissuddin kira-kira 40 minggu yang lalu itu diiringi dengan foto berikut:


Kemudian Sti Sarah menulis caption berikut diiringi foto dia sedang berjalan memimpin tangan anak, menyusuri interior rumah agam yang dihadiahkan Shuib.

Thank you so much my LOVE @shuibsepahtu…

Mengapa Shuib Sepahtu wajar dijadikan contoh suami idaman zaman ini? Ini Sebab-sebabnya:

Shuib Sepahtu bukanlah suami berwajah kacak yang boleh membuat hati wanita bergetar berdetak-detak. Dia juga bukanlah lelaki sado yang memiliki badan pejal mantap berketak-ketak. Tetapi ada sesuatu tentang Shuib yang wajar dicontohi oleh para suami zaman ini. Kami senaraikan sebab-sebabnya.

1. Dia suami yang masih tegar romantik walau sudah 6 tahun bernikah

Shuib meninggalkan setangkai mawar merah di atas meja kamar tamu, membuat Siti Sarah terkejut melihatnya.

2. Suami bekerja keras menebus masa lalu dan memberikan hanya yang terbaik buat isteri dan anak-anaknya pada masa depan

Tekun betul Shuib menyudahkan kerja-kerja perincian rumah agam yang dihadiahkannya buat Siti Sarah. Semua itu berkat titik-peluhnya bekerja kuat mengumpul wang selama bertahun-tahun.

3. Suami berinisiatif membalas pengorbanan isteri yang setia mendampinginya saat dia miskin

Mereka dulu bernikah dalam keadaan serba susah dan serba tiada. Enam tahun selepas itu, barulah tercapai hasrat Shuib untuk meraikan Siti Sarah dalam majlis perkahwinan yang indah dan serba gemilang.

4. Suami yang sentiasa ada untuk meringankan beban isteri

Walaupun Shuib sendiri tidak berapa sihat, anak yang demam tetap erat dalam dakapannya.

5. Suami yang tidak lupa dan tidak sombong berdoa memohon keberkatan Allah SWT

Shuib merenung masa silamnya sambil menadah tangan memohon keberkatan Allah SWT.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nRjo5X
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2mUGr0s
via merahhaticintaku.blogspot.my

Thursday 30 March 2017

Harga Barang Tidak Mungkin Turun


KUALA LUMPUR - Kenaikan harga barang adalah satu realiti yang tidak dapat dielakkan ketika ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Henry Sum Agong berkata, ini kerana harga barang tidak mungkin turun.

"Satu perkara yang saya katakan, harga barang tidak mungkin turun. Contoh produk kita dalam negeri, harga durian bukan macam dulu, durian ditimbang dengan kulitnya dengan harga yang cukup mahal.

"Berbanding dengan dahulu, harganya bukan begitu. Jadi inilah realiti yang harus kita hadapi atau depani pada masa sekarang," katanya menjawab soalan G Manivannan (PKR-Kapar) di sesi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Manivannan meminta kerajaan menjelaskan platform untuk memantau harga barang dan menjaga rakyat supaya kos sara hidup tidak membebankan mereka.

Menurut Henry, harga barang yang tidak akan turun adalah disebabkan hakikat ringgit yang lemah.

"Harga barang seperti di peringkat industri misalnya sudah meningkat. Apabila kita import dan ditambah kos pengangkutan dan margin penjual, tentulah harga meningkat.

"Jadi inilah yang kita tak dapat elakkan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pegawai KPDNKK di peringkat penguatkuasaan sentiasa ditugaskan untuk memantau harga barang.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nFf8Gi
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nBsOAf
via merahhaticintaku.blogspot.my

Wefie Terlampau!! Tiga Gadis Bertudung Dengan Gaya Kurang Ajar Cetus Kecaman Dari Netizen Di Media Sosial


Ketaksuban dan kegilaan sesetengah netizen pada zaman ini yang bertindak berkongsi gambar selfie atau swafoto ke laman sosial telah sampai ke tahap yang amat membimbangkan. Ramai pemilik akaun dan pengguna laman sosial terutamanya pengguna dari kalangan remaja dikatakan semakin menjadi-jadi dan tidak peka dengan kebersesuaian sesuatu gambar yang dikongsi untuk dimuat naik ke laman sosial.

Semua orang tahu mengenai sesuatu perkongsian yang mempunyai unsur kontroversi dan lain dari yang lain menjadi sangat mudah untuk disebarkan serta tular di media sosial.

Oleh itu, tidaklah menjadi kehairanan di zaman moden ini ramai yang sanggup membuat perkara-perkara yang boleh memalukan diri sendiri hanya semata-mata untuk mendapat publisiti serta menarik perhatian orang ramai.

Aksi Kurang Ajar Cetus Kecaman

Terkini, sekeping gambar wefie yang menunjukkan aksi yang kurang baik dan agak lucah daripada tiga orang gadis bertudung menjadi perbualan hangat di media sosial sehingga telah disebarkan dan dikongsi dengan secara meluas.

Apakan tidak, aksi mereka yang berposing di atas jalan raya dengan menggayakan kaki terkangkang luas seperti menadah langit telah mengakibatkan rasa kurang senang dan tidak puas hati di kalangan netizen terutamanya wanita.

Jika difikirkan semula, perkara seperti ini yang mengundang berbagai sebab perlu dipandang serius oleh berbagai pihak terutamanya di kalangan ibu bapa.

Ibu bapa wajib untuk meluangkan masa bagi membuat pemantauan akaun media sosial anak-anak, baik lelaki atau pun perempuan. Kerana apa? Berkemungkinan kegilaan seperti ini satu masa nanti akan dianggap perkara biasa serta akan menjadi ikutan di kalangan remaja di Malaysia termasuk golongan wanita.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2oey1kv
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2ogPKbc
via merahhaticintaku.blogspot.my