Thursday, 30 March 2017

Harga Barang Tidak Mungkin Turun


KUALA LUMPUR - Kenaikan harga barang adalah satu realiti yang tidak dapat dielakkan ketika ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Henry Sum Agong berkata, ini kerana harga barang tidak mungkin turun.

"Satu perkara yang saya katakan, harga barang tidak mungkin turun. Contoh produk kita dalam negeri, harga durian bukan macam dulu, durian ditimbang dengan kulitnya dengan harga yang cukup mahal.

"Berbanding dengan dahulu, harganya bukan begitu. Jadi inilah realiti yang harus kita hadapi atau depani pada masa sekarang," katanya menjawab soalan G Manivannan (PKR-Kapar) di sesi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Manivannan meminta kerajaan menjelaskan platform untuk memantau harga barang dan menjaga rakyat supaya kos sara hidup tidak membebankan mereka.

Menurut Henry, harga barang yang tidak akan turun adalah disebabkan hakikat ringgit yang lemah.

"Harga barang seperti di peringkat industri misalnya sudah meningkat. Apabila kita import dan ditambah kos pengangkutan dan margin penjual, tentulah harga meningkat.

"Jadi inilah yang kita tak dapat elakkan," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pegawai KPDNKK di peringkat penguatkuasaan sentiasa ditugaskan untuk memantau harga barang.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nFf8Gi
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nBsOAf
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment