Seorang wanita yang baru sahaja berkahwin sebulan lalu ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan tempurung kepala pecah dipercayai di bunuh oleh suaminya sendiri.
Dalam kejadian yang berlaku di Jawa Barat 10/17 dua hari yang lepas disyaki bermotifkan masalah rumah tangga.
Menurut sumber motif kejadian berlaku apabila mangsa enggan untuk berhubungan intim kerana suami dalam pengaruh dadah jenis syabu pada ketika itu.
Suami yang merasa marah dengan tindakannya itu terus mengamuk dan memukul kepala mangsa menggunakan tukul sehingga meninggal dunia.
Inspektur Makmur mengesahkan akan kejadian tersebut, katanya pihak mereka masih lagi menjalankan siasatan berhubung kes terbabit.
“Pihak kami dapat tahu bahawa pasangan berkenaan baru sahaja berkahwin pada bulan lalu atas pilihan orang tua, kakak mangsa juga mengatakan bahawa adiknya itu kerap mengadu mengenai perlakuan kasar suaminya”,katanya.
Manakala mengikut pengakuan suspek, suspek mengatakan bahawa pada mulanya dia meminta dengan cara baik namun isterinya itu tetap menolak kemahuannya ketika itu membuatkan dia naik angin serta hilang pertimbangan membuatkan dia memukul kepala mangsa menggunakan tukul beberapa kali sehingga maut.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2nMIeAv
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nhfHXf
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment