Sunday, 26 March 2017

Guna 2 Bahan Ini Untuk Atasi Masalah Liang Pori Yang Besar Dan Kasar


Wajah yang cantik, halus dan mulus ditambah pula dengan perwatakan dan penampilan yang menarik membuatkan sesiapa sahaja tertawan berbanding mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat, berminyak dan liang-liang pori yang kelihatan besar dan kasar.

Namun, jangan risau sebab wanita ini kongsi tips untuk mengecilkan liang pori. Ikuti perkongsian dari saudari Zilla Janis ini.

Dah tidur ke??? Zilla nak kongsi sikit tips untuk liang pori terbuka. Seperti WHITEHEAD dan BLACKHEAD.

Apabila liang pori terbuka luas. 2 masalah tu pasti ada. Lebih lagi jika kulit berminyak. 

WHITEHEAD : Sebum minyak yang duduk di bawah lapisan kulit. Berpunca dari debu dan sisa make up yang tersumbat.

BLACKHEAD : Sebum minyak berlebihan yang terdedah kepada udara (pada liang pori terbuka) sebab itu ianya bertukar menjadi bintik hitam.

Untuk menghilang kedua masalah ini. Harus cuba SCRUB mudah yang zilla ajarkan.

BAHAN-BAHAN :

๐Ÿ”ธ2 sudu besar beras.
๐Ÿ”ธSetengah cawan susu segar ( kalau tiada. Pakai air je)

๐Ÿ”ด Rendamkan beras ke dalam susu atau air. Semalam. Toskan air. Setelah itu. Lenyek menggunakan sudu. Sapu rata di seluruh wajah. Biarkan selama 10-15 minit. Gosok secara lembut di seluruh muka. Beri perhatian lebih kepada kawasan muka yang dihuni blackhead atau whitehead. Selesai! Bilas dengan air suam kuku. 

Kebaikan Beras dan Susu selain mampu menghilangkan masalah blacakhead/whitehead :

๐Ÿ”น Mengecutkan liang pori yg luas
๐Ÿ”น Mencerahkan kulit wajah.
๐Ÿ”น Mengecutkan jerawat.
๐Ÿ”น Melembutkan kulit wajah.
๐Ÿ”น Menegangkan kulit wajah

Rasanya tak rugikan kalau buat. Sebab banyak sangat kebaikan yang kite boleh dapat.

TAG rakan anda jika mengalami masalah yang sama! SHARE jika bermanfaat ๐Ÿ˜Š.

Sumber: Facebook Zilla Janis


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mF9zsA
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2nlB870
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment