Nama saya Ahmad, 28 tahun, bekerja di sektor swasta dengan jawatan dan gaji yang tinggi. Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kisah rumah tangga saya dengan harapan para suami di luar sana menghargai isteri anda dan jangan sesekali mengambil tindakan terburu-buru. Jika tidak, anda akan menyesal seperti saya.
Saya sudah berkahwin, atas pilihan orang tua. Isteri saya bernama Yana. Cantik, lemah lembut dan sopan orangnya. Yana anak yatim piatu, berasal dari selatan tanah air dan yang paling penting, dia baru berusia 18 tahun.
Mak dan ayah saya memang berharap Yana akan menjadi isteri saya. Pada mulanya saya tidak bersetuju dengan pilihan mak ayah. Saya sanggup mencari siapa perempuan yang bernama Yana, yang akan kahwin dengan saya. Kononnya nak memberi amaran pada dia agar menolak pinangan mak ayah saya.
Tetapi semasa kali pertama berjumpa dengan Yana, saya menjadi speechless. Saya jatuh cinta dengan Yana.
Jadi, saya pun bersetuju dengan pilihan mak ayah. Saya bangga dapat memiliki Yana. Sudahlah cantik, lengkap pakej menjadi isteri idaman dan yang paling penting anak dara sunti. Semuanya berjalan dengan lancar. Saya sayangkan Yana lebih dari segala-galanya.
Namun, disangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Dalam diam-diam, rupanya ada manusia lain yang dengki dan tidak boleh melihat orang lain bahagia.
Rakan sepejabat saya, Emy, cuba menghancurkan hubungan saya dengan isteri. Dalam diam-diam, dia cuba mempengaruhi saya untuk syak pada isteri saya sendiri.
Mula-mula, saya dapat menepis segala fitnah-fitnah yang dia lakukan. Namun, lama kelamaan saya termakan juga kata-kata fitnahnya itu. Saya mula mengesyaki isteri saya sendiri. Layanan saya pada dia juga berubah. Jika selama ini, sayalah suami yang paling romantik. Tetapi sekarang, semua itu sudah hilang dan tiada lagi kata-kata manja. Yang ada, hanyalah makian sahaja.
Hanya dua bulan sahaja kami bahagia. Pada masa yang sama, Yana disahkan mengandung. Pada mulanya saya gembira, tetapi sekali lagi saya terperdaya dengan Emy. Saya percaya bulat-bulat apa yang Emy katakan. Dia kata anak yang dikandung Yana itu bukan anak saya.
Saya balik dari office dengan perasaan yang amat marah sekali. Sampai di rumah, tanpa sebarang usul periksa, saya terus memukul Yana. Saya geram sebab dia curang dengan saya. Saya memberi dia peluang langsung untuk membela diri.
Saya pukul, tumbuk, pijak dan sepak Yana. Masa itu saya sudah hilang pertimbangan diri. Saya pijak perut Yana, saya benar-benar mahu membunuh bayi di dalam perut Yana sebab itu bukan anak saya. Saya hentak kepalanya ke dinding. Saya maki dan hina Yana.
“Kau tak layak untuk aku! Dasar perempuan murahan! Pelacur! Keluar dari rumah ini dan aku ceraikan kau dengan talak 3!”
Sekarang, sudah 7 bulan berlalu, saya bakal berkahwin dengan Emy. Tetapi tuhan maha adil. Seminggu sebelum kahwin, Emy terlibat dalam kemalangan. Dia cedera parah, koma selama seminggu. Bila Emy sedar, dia meminta untuk berjumpa dengan Yana dan mahu meminta maaf pada Yana.
“Abang, saya nak jumpa Yana. Saya nak minta maaf pada dia,” rayu Emy dengan air matanya menetes di pipi.
“Kenapa tiba-tiba ni? Abang tak faham,” terkedu dibuatnya.
Pada ketika itu, segala perbuatannya dan fitnah yang direkanya dibongkar. Pada masa itu, saya benar-benar terduduk mendengar pengakuan dia. Saya terbayangkan Yana, terbayangkan anak saya.
Saya tinggalkan Emy, nekad mencari Yana. Saya mahu sujud di depan Yana, minta maaf pada Yana. Saya cuba ri di kampung tetapi dia tidak lagi menetap di situ. Saya cuba mencari dia walaupun serata Malaysia saya kena pergi. Akhirnya saya menemui Yana yang membawa diri ke negeri lain.
Saya jumpa Yana semasa dia sedang bekerja. Dengan perut yang besar, Yana masih gigih mencari rezeki di kebun sayur. Saya tidak mampu mahu berdepan dengan Yana. Cuba mencari kekuatan untuk berdepan dengannya.
Yana pergi membeli barang-barang baby seorang diri. Naik turun bas, jalan kaki jauh-jauh. Ya Allah, beratnya dugaan Yana.
Satu hari, saya nekad berdepan dengannya. Kalau Yana nak maki saya pun, saya terima. Saya tunggu dia balik kerja. Semasa dia balik, saya tegur dia. Yana terkejut melihat saya muncul di depannya. Saya ingatkan Yana akan memukul atau menampar atau memaki hamun saya, tetapi ruapnya Yana masih Yana yang dulu.
“Kenapa abang datang cari Yana sedangkan kita dah takde apa-apa hubungan lagi?” soalnya.
“Yana, abang minta Yana maafkan abang,” saya melutut di depannya.
“Yana tak pernah marahkan abang atas apa yang terjadi. Semua ini salah Yana sendiri. Yana patut sedar yang Yana tidak layak berkahwin dengan abang,” katanya lemah lembut.
Mendengar jawapan Yana itu, saya tahu dia masih terluka dengan apa yang saya buat sebelum ini.
“Abang nak tebus kesalahan abang pada Yana dan baby. Abang banyak berdosa pada Yana dan baby,”
Malangnya, Yana tetap enggan menerima pujuk rayu saya.
“Abang, kita dah bercerai dan anak yang dikandung oleh Yana adalah anak Yana seorang saja,” katanya.
Ya Allah, kau bukakanlah hati Yana untuk kembali kepadaku. – KRT
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2owzvD1
via IFTTT
from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2o567aq
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment