Wednesday, 29 March 2017

Cinta Berakhir Tragis Berlaku Di Seremban Januari 2017




Kisah ini berlaku di Seremban, Negeri Sembilan. Seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang jurujual kereta, bercinta dengan seorang anak gadis jutawan di Taman Bukit Chedang. Malangnya, percintaan ini ditolak keluarga gadis hanya kerana pekerjaannya tidak setaraf keluarga jutawan itu.

Suatu malam, pasangan ini melarikan diri demi kelangsungan cinta mereka.

Tidak lama selepas itu, bapa gadis sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangannya. Dia telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dengan mengatakan dia akan menerima teman lelaki anak gadisnya itu jika dia balik ke rumah.

Bila mendengar berita ini, gadis itu pulang ke rumahnya di Taman Bukit Chedang dan keluarga pihak keluarga jutawan itu pun menerima teman lelaki gadis itu dengan seadanya.

Enam bulan kemudian, mereka bercadang untuk berkahwin.

Semasa persiapan untuk majis perkahwinan itu sedang disediakan, pasangan kekasih ini keluar membeli ayam goreng KFC di Palm Mall sebelah KPJ yang baru dibuka. Ketika hendak pulang ke kereta, teman lelaki gadis dilanggar lori. Ia berlaku betul-betul di hadapan gadis tersebut. Teman lelakinya mati di tempat kejadian kerana kecederaan yang teruk di kepala.

Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dengan lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi; seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu. Jika tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tetapi ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu. Jika tidak, sesuatu yang buruk akan berlaku. Tetapi, ayah perempuan tersebut juga tidak megendahkannya.

Malam ketiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh sekalipun, darahnya tetap ada.

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu sehingga bersih dan jika tidak, malang akan menantinya. Perempuan itu pun terus dan menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus. Akan tetapi, darah itu tetap ada.

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apabila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu-talu dan muncul dihadapannya seorang nenek tua. Perempuan tersebut pengsan.

Setelah terbangun dari pengsan, nenek tua itu masih berada di hadapannya. Nenek itu menghulurkan sebuah botol berwarna biru.

Perempuan itu terus bertanya kepada nenek tua itu, "Apakah ini?". "Inilah sabun basuh cap Dynamo, letakkan sedikit dan kotoran akan hilang. Kalau tak percaya, pergi cuba, try, test, uji..." jawab nenek sambil muka ada senyum ..hehehehehe.. SHARE dan TAG rakan anda untuk kenakan mereka..hehehe


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2mPcxKN
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku http://ift.tt/2o6Y8JR
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment