KERAJAAN akan membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan standard prosedur operasi (SOP) ketat mulai 4 Mei ini.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu diambil selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan berdasarkan data yang diperoleh.
"Hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat dan SOP ditetapkan kerajaan.
"Tetapi masih ada beberapa industri yang masih tidak dibenarkan beroperasi yang membabitkan perhimpunan ramai yang mana penjarakan sosial sukar dilakukan seperti panggung wayang, pusat hiburan, karaoke, kelab malam, bazar Ramadan dan Aidilfitri, karnival jualan termasuk semua bentuk acara sukan yang besar termasuk bola sepak," katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri Sempena Hari Pekerja, hari ini.
Beliau berkata, majikan digalakkan membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah atau secara selang-seli bagi selepas kerajaan membenarkan sektor ekonomi dibuka semula.
Menurutnya, langkah itu juga boleh membantu ibu bapa menyelesaikan masalah penjagaan anak-anak.
"Walaupun pusat penjagaan kanak-kanak akan dibuka dengan mengamalkan standard prosedur operasi (SOP) tertentu tetapi ramai ibu bapa yang masih bimbang untuk menghantar anak-anak ke pusat penjagaan kanak-kanak.
"Kalau majikan boleh membenarkan datang kerja secara selang-seli ia boleh membantu selesaikan masalah ini.
"Jika anak tak perlu dihantar ke pusat jagaan, ia secara tidak langsung memudahkan penjaga mengikut SOP yang ditetapkan ketika penjagaan kanak-kanak,"
Sumber: Harian Metro
from Sehinggit Media https://ift.tt/3d3FTLb
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2VQCDgo
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment