Monday, 27 April 2020

Kasih Seorang Suami Kepada Isteri Hingga Nafas Terakhir..


Kasih dan cinta seorang suami terhadap isteri hingga ke nafas terakhir merupakan satu anugerah yang sangat bermakna bagi setiap pasangan hidup. Begitulah yang dikongsi oleh pengguna Facebook Nur Hafizah, menceritakan kisah cinta antara ayah dah ibu sehingga ibunya menghembuskan nafas terakhir. Layanan yang diberikan oleh si ayah kepada si ibu tidak pernah berkurangan sejak dari mereka mula bercinta.

Tak peduli orang kata pasal dia


Orang lain tak melihat tapi aku yang menyaksikan bertapa dia cintakan isteri dia.Ya memang kami adik beradik yang jaga mak tapi kami takkan lupa pada ayah yang selalu ambil berat pasal anak walaupun dia sibuk kerja kalau dia ada masa dia yang akan uruskan mak. Makan pakai mak dia yang siapkan macam mana mak menjaga ayah selama mak sihat macam tu la ayah jaga mak masa mak sakit.

Sungguh dia terlalu sayangkan isteri dia walaupun isteri dia dah tak sempurna dia tetap sayang jaga dan ambil berat tak peduli pun apa orang kata pasal dia sebab dia tahu siapa yang ada ketika susah dan senang.


Menangis teresak-esak kerana mak


Tiap kali pergi kerja mesti tanya mak nak makan apa, cium pipi mak sampai mak malu dah tua-tua pun nak manja-manja lagi tapi dia tak pernah peduli sebab itu cara dia tunjukkan kasih sayang pada isteri dia. Mungkin orang melihat aku orang pertama yang sedih bila mak dah takde tapi mereka lupa pada suami yang bersama dia lebih 35 tahun susah dan senang membesarkan 11 orang anak.

Aku tak pernah melihat dia menangis tapi haritu pertama kali dalam hidup aku, aku melihat dia menangis teresak-esak kerana mak. Dia bacakan yassin dia yang ajar mak mengucap dia pegang tangan isteri dia smpai akhir hayat. Masa dalam van jenazah pun macam tu dia peluk je keranda mak tak lepas sambil bacakan yassin untuk mak.

Sayanglah dengan sepenuh hati


Lepas mak dikebumikan ayah pesan pada kami adik beradik “Nanti bila ayah dah takde kebumikan ayah sebelah mak, ayah nak duduk dekat dengan mak”. Sungguh kasih seorang suami pada isteri dari isteri dia sihat sakit smpailah isteri dia dah takde tetap dia sayang. Semoga Syurga menyatukan kalian kembali. Amin.

Mak pesan: “Bila sayangkan seseorng sayanglah dengan sepenuh hati terimalah sedikit keburukan dia kerana seribu kebaikan yang pernah dia lakukan”.

Jangan salah faham Cik Jah bukan nak menagih simpati Cik Jah cuma nak menceritakan apa yang orang tak nampak tapi kami adik bradik nampak kasih sayang mereka selama ini. Doa suami serta anak-anak sentiasa ada untuk mak. Terima kasih kerana menjadi isteri serta mak yang terbaik untuk kami.

Sumber: Nur Hafizah via ohbulan.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/3d4vm2D
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3eYyzSL
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment