Monday, 27 April 2020

"Mata Gelap Rasa Nak Rebah", Lelaki Nekad Jalan Kaki Balik Kelantan Dari KL Selepas Sebulan Tiada Kerja


Demi bertemu isteri tercinta, seorang lelaki dipercayai berjalan kaki untuk pulang ke kampung halaman. Matnoe Poksu Din mengambil keputusan untuk meredah jarak sejauh 428 kilometer dari Kuala Lumpur untuk ke Tanah Merah, Kelantan.

Menurut seorang wanita dipercayai isterinya, Sara Anisa, suaminya yang sedang dalam perjalanan ke Gerik itu telah memutuskan untuk pulang setelah sebulan tidak bekerja.

“Suami aku buat kerja gila, jalan kaki balik kampung. Sekarang ni dalam perjalanan ke Gerik. Gila kepala memikir. Duduk KL pun tauke halau dah, sebulan dah tak kerja kan.. Tauke pun halau la dari rumah yang dia beri duduk tu. Duit pun tak ada nak buat makan. Jadi keputusan dia, jalan kaki nak balik rumah,” tulis Sara.


Kasut rosak

Poksu turut memuatnaik video live untuk berkongsi perkembangan dan perjalalanannya kepada rakan-rakan Facebook miliknya.


Dalam satu kiriman 6 jam lalu, Poksu berkongsi gambar kasutnya yang telah rosak. Dia turut berhenti di beberapa hentian untuk mengecas telefon miliknya.



Hampir pitam

Dalam satu video dimuatnaiknya, Poksu berkata dia hampir pitam setelah dua hari tidak makan nasi dan hanya bergantung kepada minuman isotonik.

“Tadi nak pitam dah rasa. Rehat sekejap, bangun beli air. Makan nasi. Dah dua hari tak makan nasi. Minum 100 plus je sejak kelmarin lagi. Dah makan nasi rasa segar sekejap. Jadi kita jalan kaki pulak nak sampai Gerik,” katanya.

“Segar dah sikit ni. Mata pun nampak elok dah. Tadi gelap gelita nak rebah,” tambahnya.

“Yang mana minta nombor akaun kita tu, kita ada lagi duit nak buat makan sehari dua ni. Tak perlu runsing lah.. Bukan sebab kita ni kaya kita taknak duit orang.. Kita pun tak tergamak musim-musim macam ni ambil duit orang. Lagipun kita yang pilih jalan sendiri macam ni,” katanya.



Dalam gambar dikongsikannya, Poksu memerlukan masa hampir empat hari untuk sampai ke Tanah Merah, Kelantan.


Sumber: Matnoe Poksu Din via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2zxoGeF
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cXADsJ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment