Tuesday, 28 April 2020

Lelaki Jalan Kaki Balik Kelantan Selamat Sampai Rumah, Siap Sedia Buat Ujian Saringan Covid-19


Semalam, viral di media sosial seorang lelaki nekad untuk jalan kaki pulang ke kampung halaman selepas hilang sumber pendapatan dan pekerjaan sebulan yang lalu. Lelaki yang dikenali sebagai Muhamad Noor itu dipercayai berjalan kaki dari Gerik ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Kelantan yang memakan masa lebih kurang 4 hari.

Namun begitu, ada pihak yang sudi menumpangkannya untuk pulang ke kampung halaman. Terbaru, Muhamad Noor memaklumkan bahawa dirinya sudah selamat tiba di Kelantan. Tambahnya, dia akan menjalani ujian pemeriksaan kesihatan hari ini bagi memastikan dia berada dalam keadaan yang sihat.

Selamat sampai rumah


Alhamdulillah, jam 11 malam tadi selamat sampai rumah. Terima kasih pada yang mendoakan, memberi bantuan dan terutama sekali terima kasih kepada setiausaha sulit Dato PA Saudara Ahmad Nazree Ramli di atas sumbangan yang diberikan. Beliau banyak membantu perjalanan saya.

Bersiap untuk ke hospital buat saringan.Tapi rakan-rakan semua jangan bimbang. Saya tak akan jalan kaki ke hospital.


Menurut Muhamad Noor, dia berterima kasih kepada semua yang mendoakan dan membantunya sepanjang perjalanan pulang ke kampung. Tambahnya, dia akan pergi ke hospital hari ini untuk membuat saringan kesihatan.


Semangat jumpa anak

24 April 2020 buat panggilan video dengan anak nombor 2. Abah bila nak balik? Nisa rindu dekat abah. Abah tak bas sekarang. Abah tak boleh balik. Bila Nisa nak jumpa abah. Abah balik la jalan kaki. Jauhlah sayang. Dekat saja Abah. 200% semangat untuk cuba balik berjumpa anak.

Muhamad Noor turut berkongsi kisah di mana pada 24 April yang lalu, salah seorang anaknya bertanya bilakah dia akan pulang. Menurut kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Nisa, dia berharap abahnya dapat pulang ke rumah meskipun tiada tiket bas.

Sumber: Muhamad Noor via ohbulan.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/3aPP6FH
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3eZE6J5
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment