Sunday, 26 April 2020

Kalau Tak Mampu Pertahan, Jangan Sesekali Kita Kecam Etnik Rohingya


MERAK Jalanan yakin kita semua mesti pernah dengar kata pepatah ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’. Maksudnya, hanya kerana salah seorang atau kejahatan sesuatu yang kecil, habis sekumpulan atau seluruh masyarakat akan turut mendapat nama yang buruk.

Kebelakangan ini, etnik Rohingya dikecam dan dihina oleh netizen dan rakyat negara ini. Ia berpunca daripada beberapa berita palsu dan kenyataan seorang dua mengenai mereka.

Berita palsu juga muncul dengan tuduhan liar, antaranya pelarian Rohingya mahu menuntut kerakyatan dan kedudukan setaraf.

Ia turut dikaitkan dengan tindakan pasukan keselamatan Malaysia yang menyekat kemasukan bot pelarian tersebut pada 17 April lalu. Merak Jalanan rasa kecaman keterlaluan ke atas pelarian Rohingya yang di negara ini amatlah tidak adil.


Kalaupun kita tidak mahu mempertahankan hak mereka sebagai Muslim, janganlah sesekali kita memburukkan mereka.

Jangan kita bunuh nilai kemanusiaan hanya kerana tingkah laku beberapa individu dalam komuniti tersebut.

Masyarakat di Malaysia seakan-akan hilang kewarasan hanya kerana fakta atau berita yang belum tentu benar terutama di media sosial.

Kita perlu terus simpati dengan orang Rohingya. Mereka ialah orang pelarian. Mereka tiada apa-apa, tidak boleh bekerja, tiada dokumen, tiada wang sara hidup, tidak boleh ke sekolah dan sering dimanipulasi.

Keadaan ini akan bertambah buruk dengan sentimen anti-Rohingya sekarang. Kita jangan terperangkap dengan mainan politik untuk memecahbelahkan umat Islam.

Namun dalam masa sama, etnik Rohingya dalam negara ini juga perlu menghormati undang-undang dan sensitif dengan sentimen serta kebimbangan rakyat Malaysia.



from Sehinggit Media https://ift.tt/2W1JzGr
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2zz1Ljf
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment