Tuesday, 28 April 2020

Elfira Loy Terlupa Masak Nasi Pada Hari Pertama Berbuka Puasa


Pertama kali menjalani ibadah puasa bersama suami dan anak kecilnya, menerusi Instagram Elfira Loy berkongsikan kisah lucu pada hari pertama berbuka puasa. Menurut Elfira, ibunya ada meminta untuk masakkan beberapa jenis juadah berbuka puasa.

Namun, apa yang melucukan apabila semua lauk sudah terhidang dan sedang menunggu azan Maghrib dia baru menyedari nasi belum dimasak lagi.  Elfira berkata, mereka sekeluarga menjamah kurma dan air terlebih dahulu serta menunaikan solat Maghrib sebelum menikmati juadah tersebut.


Elfira berkata insiden itu sangat memalukan kerana sebelum itu dia sangat teruja dan gembira untuk menjamah lauk yang dimasaknya.


Dalam pada itu, Elfira turut bertanyakan kepada pengikutnya untuk berkongsikan cerita aneh atau pun kelakar yang terjadi ketika puasa. Perkongsian Elfira itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsikan kisah lucu mereka di ruangan komen.


Sumber: Rotikaya


from Sehinggit Media https://ift.tt/3bObqRk
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bGbSkp
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment