Saturday, 25 April 2020

Kerajaan Bantu Kurangkan Beban Rakyat Seboleh Yang Mampu - PM


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan mencari jalan membantu mengurangkan beban rakyat sebaik mungkin sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyedari sebahagian besar rakyat tidak mempunyai simpanan, mempunyai simpanan untuk bertahan antara satu hingga dua minggu, selain terpaksa menunggu gaji untuk kelangsungan menyara keluarga.

Katanya, sebagai pemimpin yang sering turun padang, beliau melihat sendiri ada rakyat yang hidup susah, sama ada di bandar dan luar bandar sejak sebelum PKP lagi dan keadaan menjadi lebih sukar sejak perintah itu dilaksanakan 18 Mac lalu.

"Dalam keadaan sekarang, mereka tak boleh bergerak, berniaga nasi lemak tak boleh, berniaga pisang goreng tak boleh, mana hasil pendapatan mereka? Itulah dia. Lepas itu (PKP), berhenti semua.


"Mula-mula kata buatlah sendiri, orang boleh datang ambil cara tidak bersesak-sesak…tak boleh berlaku. Akhirnya terhenti dan sebab itu mereka hidup dalam keadaan kesusahan, yang lebih daripada biasa.

"Jadi, ini bukan satu mainan. Bagi saya, sesuatu kena dibuat supaya kita boleh membantu meringankan beban itu, bantuan dari segi barangan, kewangan, yang itu saya fikir boleh membantu mereka," katanya pada sesi temubual khas bersama RTM dan Astro Awani malam tadi.

Muhyiddin mengakui, bantuan dihulurkan kerajaan mungkin tidak membantu rakyat untuk tempoh yang lama, namun ia setidak-tidaknya dapat melegakan mereka.

"Sekarang pun saya fikir sudah ramai rasa lega, tetapi mereka juga memikirkan lepas ini bagaimana? Apakah kerajaan boleh fikirkan lagi?

"Saya fikir tetapi boleh setakat yang termampu kerana kedudukan kewangan kita tidak berapa 'sihat' sangat. Jadi yang penting supaya mereka kembali bekerja dan berusaha, supaya mereka dapat menampung sara hidup mereka," katanya.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/3axX8CF
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2W15n59
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment