Thursday, 30 April 2020

Solat Jumaat, Berhimpun Di Masjid Atau Rumah Ibadat Tidak Dibenarkan – PM


Walaupun kebanyakan aktiviti termasuk kedai makan di buka mulai 4 Mei ini, kerajaan memutuskan solat berjamaah di masjid dan surau masih tidak dibenarkan.

”Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat juga tidak dibenarkan,” kata Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya hari ini.

Turut tidak dibenarkan adalah majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan
perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan.


Turut tidak dibenarkan adalah perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

“Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan,” katanya.

Selain aktiviti yang dilarang, perniagaan yang dibenarkan beroperasi juga perlu mengikut SOP pihak berkuasa. (Seperti membasuh tangan, penjarakan sosial, memakai topeng muka, segera laporkan informasi mengenai Covid-19 pada Kementerian Kesihatan.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/3aO1PIF
via IFTTT

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2z2jBek
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment