Wednesday, 29 April 2020

Netizen Indonesia 'Serang' Instagram KKM Gara-Gara Salah Faham Kes Import COVID-19


Akaun media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia di Instagram hari ini ‘diserang’ netizen Indonesia selepas berlaku salah faham mengenai kenyataan kes import COVID-19 dari Indonesia yang dicatatkan di negara ini.

Kenyataan Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini mengatakan 70 peratus kes import COVID-19 di Malaysia adalah berpunca daripada Indonesia seperti dilaporkan Malaysiakini.

Peratusan itu menurut beliau merujuk kepada 99 orang pesakit yang baru tiba dari Indonesia sejak pelaksanaan kuarantin wajib dijalankan di negara ini.

Netizen di Indonesia bagaimanapun dilihat seperti tersalah faham kenyataan tersebut dan menganggap KKM mengeluarkan kenyataan bahawa 70 peratus kes keseluruhan COVID-19 berasal daripada negara mereka.


Ia dapat dilihat melalui beberapa komen yang ditinggalkan mereka di hantaran yang dibuat pihak KKM di laman Instagram rasmi badan tersebut seperti yang dikongsikan netizen Malaysia.



Sebagai perbandingan, jumlah komen yang ditinggalkan di hantaran yang dibuat KKM sebelum ini berada dalam lingkungan seratus komen namun sejak ‘diserang’ netizen Indonesia, jumlah itu meningkat sehingga 5,000 komen.

Semakan kami juga mendapati ruangan komen tersebut penuh dengan perdebatan dalam kalangan netizen yang turut mempertahankan kenyataan yang dibuat KP sebelum ini sambil menjelaskan maksud sebenar perkara tersebut kepada netizen Indonesia yang dilihat tersalah faham mengenai perkara itu.



Diharapkan dengan penjelasan yang diberikan netizen Malaysia mengenai perkara ini dapat membuatkan mereka faham mengenai maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkan KP Kesihatan kita.

Sumber: The Vocket


from Sehinggit Media https://ift.tt/3cZlmay
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2YgshrL
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment