Thursday 23 April 2020

Siti Elizad Berjaya Khatam Al-Quran Sepanjang PKP


Sudah sebulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, masa terluang itu dimanfaatkan oleh Siti Elizad dengan membaca Al-Quran. Lebih manis, Elizad turut meluahkan rasa syukur berjaya khatam sepanjang PKP ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Elizad berkata dia berharap agar dapat memulakan sesi yang baru sempena ketibaan bulan Ramadan tahun ini. Malah, Elizad juga seakan tidak percaya cepat masa berlalu apabila esok umat Islam sudah mula berpuasa.


“Alhamdullillah, saya mendapat peluang untuk khatam al-Quran musim PKP sambil bekerja dari rumah. Inshaallah esok boleh mula yang baru pula untuk Ramadhan tahun ni.

“Macam tak percaya dah nak puasa. May this Ramadhan be successful for all of us & provide us with good health & wealth,” tulisnya.


Turut memuat naik fotonya manis bertelekung di samping suami Shamsul Baharin Rahman, rata-rata netizen turut mendoakan agar Ramadan tahun ini diberikan keberkatan. Malah ramai yang mendoakan agar pasangan itu segera dikurniakan zuriat.

Sumber: Rotikaya

from Sehinggit Media https://ift.tt/34WdKTF
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2xIwOZt
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment