Friday 24 April 2020

Terdesak Mencuri Kampit Beras Kerana Terlalu Lapar, Lelaki Ini Dibelasah Teruk Oleh Penduduk Kampung


Lelaki berusia 40 tahun dari Medan ini terpaksa melakukan satu langkah drastik bagi meneruskan kehidupannya selepas hilang sumber pendapatan akibat wabak COVID-19. Dia telah ditangkap oleh penduduk kampung ketika mencuri satu kampit beras di sebuah gerai di kampung Medan Polonia Sabtu lalu.

Penduduk kampung telah bertindak memukul lelaki tersebut sehingga mendatangkan kecederaan yang teruk. Dia kemudian mengaku terpaksa mencuri kerana kelaparan dan sudah tidak mempunyai apa-apa yang boleh dimakan di rumahnya. Lelaki tersebut meminta maaf kepada penduduk kampung dan memulangkan semula kampit beras 5kg yang diambil dari gerai itu.

“Pelaku ini sehari-hari bekerja sebagai tukang bubut di Deli Tua, karena sepi pekerjaan dia tidak mempunyai uang untuk membeli makanan.”


Penduduk kampung sepakat membawanya ke balai polis untuk tindakan lanjut. Ketika ditanya oleh pihak polis, ternyata lelaki ini tinggal bersendirian di rumahnya selepas ditinggalkan oleh isteri dan anak-anaknya. Oleh kerana keadaan COVID-19 yang semakin teruk di Indonesia, dia telah kehilangan sumber pendapatan daripada pekerjaan hariannya.



Pihak polis kemudian datang ke rumahnya dan melihat sendiri keadaan sebenar lelaki tersebut. Pihak polis turut memberikan sumbangan beras, telur dan sedikit wang tunai untuk membantu lelaki ini meneruskan kehidupannya.

Menurut lelaki itu, dia ada menerima bantuan beras sebelum ini tetapi dia memberikan kesemuanya kepada isteri dan anak-anaknya yang berada di rumah orang tuanya. Disebabkan itu dia tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan lagi yang tinggal di rumahnya. Pihak polis turut memintanya memberitahu pada mereka jika bekalan makanan sudah habis dan tidak mencuri lagi.

Sumber: Merdeka.com via https://amazingnara.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2KATcGF
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3eMJj6Y
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment