Friday 24 April 2020

Pelajar IPT Dibenarkan Pulang Bermula 27 April Ini, Pergerakan Dari 9 Malam Hingga 9 Pagi Sahaja


Pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPT) dan swasta (IPTS) yang terkandas di kampus akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula hari Isnin ini, bersamaan 27 April.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya hari ini.

"Mesyuarat telah bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar bermula Isnin, 27 April 2020.


"Waktu perjalanan dihadkan dari jam 9 malam hingga 9 pagi bagi memastikan perjalanan terkawal dan tidak melibatkan pergerakan besar-besaran," katanya.

“Waktu perjalanan dihadkan bagi mengelakkan kesesakan dan pergerakan di waktu siang.

“Pergerakan adalah secara berperingkat-peringkat, dan ianya hanya melibatkan perjalanan ke zon hijau sahaja,” katanya.

Kata Ismail, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP pagi ini.

Dalam mesyuarat itu, kata Ismail, Menteri Pengajian Tinggi, Dr Noraini Ahmad telah membentangkan SOP proses penghantaran pulang pelajar IPT dan IPTS di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) termasuk politeknik dan kolej komuniti.


from Sehinggit Media https://ift.tt/2S4EzQi
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3eLAme3
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment