Monday 6 April 2020

Lelaki Iran Ditahan. Tengking, Tolak Bahu Polis & Ajak Bergaduh Ketika Sekatan Jalan Raya


Seorang lelaki warga Iran ditahan ketika sekatan jalan raya di Tol PJS 2, di sini semalam apabila bertindak agresif dan menengking pegawai polis yang menjalankan Ops Covid-19.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang kerana gagal memberi alasan munasabah mengenai pergerakannya.

"Lelaki itu juga telah bertindak agresif dengan menolak bahu dan menengking salah seorang pegawai polis serta mengajak bergaduh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tambahnya, polis turut menahan sembilan individu termasuk enam warga asing berusia 22 hingga 51 tahun ketika dan rondaan di sekitar Petaling Jaya semalam kerana gagal memberi alasan munasabah mengenai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Selain itu, dua lelaki warga Indonesia turut ditahan kira-kira jam 1.30 petang, hari ini di Kilometer 0.3 Lebuhraya Sprint Damansara menghala ke Tol Kayu Ara Damansara.

Nik Ezanee berkata, kesemua 12 individu yang ditahan disiasat di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

"Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi PKP yang telah memasuki fasa kedua. Kegagalan mematuhi arahan ini membolehkan mereka ditangkap dan didakwa di mahkamah," katanya.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media https://ift.tt/2UNg2Rs
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2yERxgL
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment