Monday 6 April 2020

Etnik Rohingya Mendarat Di Langkawi Diasing, Jalani Ujian Pengesanan & Saringan


SEKUMPULAN pelarian etnik Rohingya yang mendarat di Langkawi baru-baru ini sedang menjalani proses saringan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mereka semua telah diasingkan untuk ujian.

“Memang betul ada pendaratan pelarian dari Rohingya dan kita telah pun asingkan mereka.

“Kita sedang jalankan pengesanan dan ujian saringan kepada mereka,” katanya dalam sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini.


Dalam pada itu, Noor Hisham menambah, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan pertingkatkan kawalan di sempadan negara.

“Kami telah suarakan dalam mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa kita perlu perkukuhkan sempadan, iaitu pintu masuk utama negara seperti lapangan terbang dan sempadan (darat).

“ATM berjanji akan mempertingkatkan lagi kawalan di semua lokasi pintu masuk negara,” katanya lagi.

Sumber: KKM via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2X9b03o
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3aLRBta
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment