Sunday 5 April 2020

Kebenaran Kilang Arak Beroperasi Semasa PKP Dibatalkan - Menteri Wilayah


KUALA LUMPUR: Kebenaran beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diberikan kepada sebuah kilang minuman keras sudah pun dibatalkan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, memaklumkan perkara itu menerusi laman Twitternya hari ini.

“(Kebenaran) sudah dibatalkan pagi ini kerana tidak selari dengan dasar kerajaan,” katanya.

Dalam ciapannya terdahulu, Annuar meminta tindakan diambil segera ke atas kilang minuman keras itu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.


Katanya, ia tidak selari dengan dasar yang diambil dan diputuskan kerajaan dan tindakan perlu diambil segera berhubung isu berkenaan.

Semalam tular di media sosial sepucuk surat yang didakwa dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi kebenaran kepada kilang terbabit beroperasi ketika PKP.

Bagaimanapun keputusan itu menimbulkan kontroversi dalam kalangan pengguna media sosial kerana menganggap minuman keras bukan makanan penting dalam tempoh PKP ini.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/3bVsiFj
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2RcSJOE
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment