Friday 24 April 2020

Tony Fernandes Isi Masa Lapang Baca Tentang Nabi Muhammad


Sebut sahaja nama Tan Sri Dr. Anthony Francis Fernandes atau lebih dikenali sebagai Tony Fernandes, pasti ramai tahun beliau tidak asing lagi dalam dunia penerbangan di Malaysia.

Baru-baru ini, perkongsian Tony Fernandes di Instagram mendapat perhatian netizen dimana beliau mengisi masa terluang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan membaca buku mengenai Islam dan Nabi Muhammad SAW.


Menerusi perkongsiannya itu, Tony berkata dia membaca buku tersebut bertujuan memahami lebih dekat agama Islam yang dianuti majoriti rakyat negara ini. Tambahnya, masa inilah sangat sesuai untuk dirinya memahami, belajar serta bertoleransi.


Perkongsianya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan semoga Allah membuka ruang kepadanya untuk berkenalan dengan Rasulullah Nabi Muhammad SAW. Malah, ramai turut mendoakan semoga Allah memberikan hidayah kepada beliau.


Menerusi foto dimuat naik Tony, buku dibacanya adalah bertajuk ‘Al-Shama’il Al-Muhammadiyya’ yang bermaksud ‘Mengenali Rasulullah’.

Buku tersebut mengandungi himpunan 415 hadis tentang keindahan dan kehebatan sifat serta akhlak Nabi Muhamaad SAW seperti yang telah diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.

Sumber: Rotikaya


from Sehinggit Media https://ift.tt/3cF03Le
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2S4SDco
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment