Wednesday 1 April 2020

Tak Kisah Bawa Kancil, Man Raja Lawak Nak Jual Kereta Bantu Orang Susah


Sejak semalam nama Man Raja lawak seakan meniti di bibir netizen Malaysia. Sikap baik hatinya dalam memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi Perintah kawalan Pergerakan ketika ini amat dipuji.

Mana tidaknya, dia sanggup membahagi-bahagikan RM 50,000 daripada wang kemenangannya dalam Maharaja Lawak Mega 2019 tempoh hari kepada mereka yang kesempitan wang.

Nak jual kereta?


Lebih memeranjatkan, Man telah menulis di Instagram miliknya dengan memberi bayangan bahawa dia seakan menjual keretanya apabila berkias sanggup pakai kereta Kancil demi membuat kebaikan.


View this post on Instagram

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Nak ikut macam Anju

Kenyataan tersebut dibuat susulan daripada pertanyaan sahabat-sahabatnya berkenaan niatnya yang ingin menjual kereta dan ingin membantu orang lain.

Dalam kenyataan tersebut, Man turut berseloroh dengan menyamakan keadaannya dengan pelakon Zarina Anjoulie yang tidak kisah memakai Satria Neo namun bermurah hati menderma kepada orang lain.

Terdahulu, Man Raja Lawak yang menyertai MLM 2019 bersama kumpulan Puteh telah berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan tersebut dan membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM500,000.

Sumber : Man Raja Lawak via https://ohmymedia.cc/


from Sehinggit Media https://ift.tt/2WWXdgd
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2QWXdJl
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment