Wednesday 1 April 2020

Seramai 108 Pesakit Covid-19 Telah Sembuh Dan Dibenarkan Pulang Hari Ini


Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 108 lagi pesakit telah sembuh, menjadikan jumlah pesakit sembuh di negara ini meningkat kepada 645.

Daripada itu, KKM turut melaporkan terdapat 142 kes terbaru jangkitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan COVID-19 dinegara ini kepada 2,908.

Daripada jumlah itu, terdapat 2 lagi jumlah kematian dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak 45.

Kes terbaru melibatkan kematian akibat COVID-19 adalah seperti berikut:


Kes kematian ke-44 (kes ke-193) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-115). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 4.30 pagi.

Kes kematian ke-45 (kes ke-1053) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-486). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 10.46 malam.



Sumber: KKM


from Sehinggit Media https://ift.tt/39u8Xcx
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3aAtCx4
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment