Friday 3 April 2020

Semua Bank Kecualikan Caj RM 1 Di Mesin ATM MEPS, 6 April Hingga Tamat PKP


Mesin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dihubungkan melalui rangkaian MEPS tidak akan lagi mengenakan bayaran RM1 untuk transaksi mulai Isnin ini.

Ia akan berkuat kuasa sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata ia adalah bagi mengurangkan bilangan orang yang mengunjungi kaunter bank untuk melakukan transaksi.

"Anda tidak perlu berpusu-pusu ke bank, (tapi) jangan pula berpusu-pusu. Sila amalkan penjarakan sosial satu meter," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Sumber: Malaysiakini


from Sehinggit Media https://ift.tt/39Fkeaa
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3aQJETP
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment