Friday, 24 April 2020

Sayu, Ayah Naik Motor Jual Tudung, Cari Duit Nak Belikan Susu Dan Lampin Anak


Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan memasuki fasa keempat sehingga 12 Mei depan, adalah satu usaha negara membendung penularan wabak Covid-19.

Walau hampir keseluruhan rakyat akur akan perintah tersebut, namun tidak dapat dinafikan ianya turut menjejaskan ekonomi terutamanya bagi mereka yang bergantung kepada sumber pendapatan harian.

Seperti perkongsian oleh seorang individu, Alin Taharin, mengenai situasi menyedihkan apabila dia melihat seorang lelaki menjual tudung disisi motosikalnya dalam keadaan berpanas terik.


Lelaki tersebut yang berada di sebuah stesen minyak, menggantung kadbord di motosikal untuk memberitahu bahawa dia menjual tudung demi membeli keperluan susu dan lampin anak-anak.

Terserempak dengan sedara ni di Petronas Seberang Jaya. Sedara ni bukan meminta tetapi menjual tudung demi keperluan anaknya.

Keprihatinan anda membuktikan kemuliaan hati emas anda.



Sumber: Alin Taharin via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/3cJq6B8
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bDtugO
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment