Thursday 23 April 2020

Saintis Dapati Virus Penyebab COVID-19 Mungkin Sudah Bermutasi Menjadi Lebih 30 Strain Berbeza - Kajian


Satu kajian yang dibuat mencadangkan bahawa virus SARS-Cov-2, virus yang menjadi punca COVID-19, telah bermutasi kepada lebih 30 jenis strain yang terpisah. Hal ini telah dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu perkongsian di Facebook pagi tadi.


Dalam laporan itu, setiap strain virus didapati mempunyai tahap kandungan virus yang berbeza, iaitu kandungan virus di dalam bendalir badan seperti plasma darah.

Sebagai contoh, satu strain yang terkuat didapati boleh menghasilkan 270 kali ganda kandungan virus. Mutasi ini menyebabkan pesakit boleh menghasilkan 270 kali lebih banyak virus berbanding strain yang paling lemah.

Keadaan ini membuatkan pesakit sukar untuk melawan jangkitan dan menyebabkan ia lebih mudah merebak. Susulan itu, pengkaji berpendapat ini mungkin jawapan kenapa sesetengah kes COVID-19 secara signifikan lebih teruk berbanding kes yang lain.


“Sars-CoV-2 telah mendapat keupayaan mutasi yang mampu mengubah pathogenicity (darjah keupayaan patogen menyebabkan penyakit),” ujar salah seorang penyelidik merangkap ahli epidemiologi di Universiti Zhejiang, Li Lanjuan.

Dalam kajian itu, penyelidik telah mengasingkan strain berbeza dan memerhatikan secepat dan secekap mana ia boleh menjangkiti dan membunuh sel perumah.

Hasilnya, mereka berjaya mengesan penularan melibatkan strain berbeza di seluruh dunia. Penyelidik mendapati strain yang tersebar di New York dan Eropah adalah ‘pembunuh’ yang lebih efisyen berbanding di bahagian lain di Amerika Syarikat seperti di Washington.

Justeru, mereka percaya perbezaan strain ini mungkin menjadi salah satu faktor penyebab perbezaan angka kematian antara negara.

“Pembangunan ubat dan vaksin adalah penting, namun impak mutasi ini perlu diambil kira bagi mengelakkan sebarang bahaya,” tulis laporan itu.

Sumber: Futurism, South China Morning Post, Telegraph UK via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/3eJNznv
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3cJOPFA
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment