Thursday 23 April 2020

"Ramadan Kali Ini Lebih Istimewa, Kita Berjihad Lawan Covid-19," – PM


Menerusi perutusan Khas Ramadan oleh Perdana Menteri, YAN Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin ada mengulas tentang kes Covid-19 sedikit sebelum meneruskan percakapannya.

Katanya pada awal pembuka kata bahawa Ramadan kali ini lebih istimewa kerana kita semua sedang berjihad melawan Covid-19 yang melanda di negara kita.

Tambahnya lagi, walaupun dalam tempoh PKP namun ibadat puasa lebih bermakna. (Rujuk Video minit ke 19:30)

“Ramadan kali ini tidak kurang istimewanya. Malah, bagi saya ia lebih istimewa buat kita semua.”

Sejak lebih sebulan yang lalu, kita berjihad melawan COVID 19. Sepertimana ibadat puasa, kita dikehendaki berjihad melawan hawa nafsu. Kita lalui satu tempoh yang banyak menguji kesabaran dan daya ketahanan kita.


Kita menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang kita suka. Kita tak keluar berjalan-jalan, kita tak menonton wayang bersama kawan- kawan, kita tak pergi melancong, kita tak makan di restoran kesukaan kita.

Itu satu jihad dan pengorbanan yang besar…

Bagi yang minat bersukan, mungkin dah lama anda tak main bola, tak main badminton, tak main bowling, tak berjogging, tak kayuh basikal. Anda cuma duduk di rumah sahaja. Ini satu jihad dan pengorbanan yang besar.

Tetapi, pengorbanan yang anda lakukan ini telah membuahkan hasil. Pertamanya, anda dan keluarga terselamat daripada jangkitan COVID 19. Keduanya, anda juga menyelamatkan orang lain daripada terkena jangkitan. Ketiganya, anda semua menyumbang kepada usaha membendung penularan wabak COVID 19 dalam masyarakat dan negara kita


Sumber: Sidang Media PM via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Vxvl17
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/351a2rH
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment