Thursday, 9 April 2020

"Membazir Betul" – Netizen Terkilan Pengusaha Sayur Di Kelantan Buang 50 Tan Sayur Setiap Hari


Kalau sebelum ini, pemilik ladang di tanah tinggi Cameron Highland pernah melahirkan rasa terkilan apabila hasil tanaman mereka kini tidak peroleh hasil ekoran dari Perintah Kawalan Pergerakan.

Terbaru, pengusaha sayur di tanah tinggi Lojing, Gua Musang Kelantan pula mendakwa terpaksa membuang kira-kira 50 tan setiap hari hasil tanaman daripada 20,000 ekar kawasan pertanian berikutan tiada pembeli.

Pengusaha rugi


Menerusi buletin TV3, pengusaha sayur di Gua Musang terpaksa membuang hampir 50 tan kerana ketiadaan peraih mahu membeli kerana musim ‘Perintah Kawalan Pergerakan’. Menurut pengusaha sayur, mereka terpaksa menggunakan 3 lori untuk membuang sayur.


Orang tak keluar bandar atau pergi pasar pagi kerana koronovirus. Saya tak boleh jual, banyak rakyat tak boleh keluar.

Dakwa mereka lagi, permintaan lebih sukar apabila terdapat lebih banyak sayur diimport menyebabkan hasil tanaman tempatan tidak mendapat sambutan di pasaran. Mereka turut meminta agar pihak kerajaan melakukan sesuatu bagi membantu golongan mereka.

Respon netizen




Sumber : buletin TV3 via Ohbulan.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2y0dgzx
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2y6KaOF
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment