Friday 24 April 2020

Malaysia Sudah Memasuki Fasa Pemulihan Wabak Covid-19 - Dr Noor Hisham


PUTRAJAYA: Malaysia kini sudah memasuki fasa pemulihan daripada penularan wabak COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahap I dan II telah meratakan puncak lengkungan COVID-19 di negara ini.

“Kami melihat data pada 3 April di mana terdapat pertambahan 217 kes positif jangkitan COVID-19. Itulah puncaknya.

“Kami kemudian menjangkakan puncak lengkungan pada 14 April dengan ramalan sebanyak 6,300 kes secara keseluruhan.

“Namun, ia tidak berlaku dan kami percaya PKP tahap I dan II telah meratakan puncak lengkungan,” katanya dalam sidang hariannya di sini pada Jumaat.

Katanya, momentum tersebut perlu dikekalkan bagi memastikan kes positif akibat COVID-19 dapat dikawal dan dikurangkan dari masa ke masa.


Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti turut mencatatkan pengurangan.

Jelas beliau, berdasarkan ukuran kadar kebolehjangkitan menggunakan angka yang dikenali sebagai 'RO' (disebut 'R-Naught')  kini kurang daripada satu.

Katanya, RO sebelum pelaksanaan PKP adalah kira-kira 3.55, di mana seorang individu boleh menjangkiti seramai 3.55 orang.

"Namun kini selepas 14 April, kami telah menurunkan kadar RO kepada kurang saripada satu,” kata Dr Noor Hisham.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak mustahil berlakunya peningkatan eksponen jika orang ramai tidak mematuhi PKP dan garis panduan yang ditetapkan.

“Ia penting supaya kami mengikuti apa yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh PKP ini.

“Kami melihat kejayan daripada ketiga-tiga tahap PKP ini.

“Kami berjaya mengawal dan meratakan lengkungan serta mengawal penambahan kes jangkitan COVID-19,” katanya.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2yH7Nhc
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2KtXwaZ
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment