Sunday 5 April 2020

KKM Sahkan Terdapat Satu Kluster Daripada Kes Positif Ada Sejarah Perjalanan Ke Itali


Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa terdapat satu kluster daripada kes positif yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali.

Menurut Dr Noor Hisham, kluster ini adalah merupakan kes yang ke 1,580. Difahamkan, seramai 37 orang telah disahkan positif dijangkiti daripada kluster tersebut serta satu yang sedang kritikal dan memerlukan alat bantuan pernafasan


Menurutnya lagi, kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ketiga di Kuching, Sarawak.

Selain dari itu, beliau juga turut menggesa masyarakat supaya bersikap jujur dalam memberi maklumat apabila disoal oleh petugas kesihatan.




Sumber: KKM via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2V1UX4K
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2X8keg6
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment