Monday 6 April 2020

Kerajaan Turki Edar Topeng Percuma Pada Rakyat, Dilarang Masuk Kedai & Pasar Selagi Tak Pakai Topeng


Negara Turki mula mengedarkan topeng muka secara percuma kepada rakyatnya untuk membendung penyebaran Covid-19 di negara tersebut.

Paling menariknya, pemberian topeng melalui laman web e-dagang untuk perkhidmatan pos negara tersebut.

Presiden Recep Tayyip Ergodan mengumumkan bahawa orang ramai tidak dibenarkan masuk kedai dan pasar tanpa memakai topeng muka.


Kementerian Kesihatan Turki dan Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur berganding bahu bersama-sama mengedar topeng muka secara percuma. Setiap warganegara kecuali yang berusia 20 tahun ke bawah dan 65 tahun ke atas diberi kelonggaran untuk memohon lima topeng percuma setiap minggu.

Pada waktu ini, terdapat perintah berkurung secara separa di mana mereka yang berusia 20 tahun ke bawah dan 65 tahun ke atas atau lebih diminta untuk berada di rumah sebagai cara untuk membanteras wabak tersebut.

Turki mengesahkan seramai 649 kes kematian daripada jumlah keseluruhan sebanyak 30,217 kes. Daripada itu, seramai 1,326 sudah sembuh daripada terkena jangkitan wabak pandemik Covid-19.

Sumber: Turkey AA.com via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/3bYB0mg
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3aN4ovC
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment