Tuesday, 7 April 2020

Ibu Bapa Remaja Hina Polis Sebak, Bertemu Insan Sudi Bayarkan Denda Buat Anak


Terdahulu pernah tular berkenaan kes seorang remaja perempuan dikenali sebagai Nurshahira, yang dihadapkan ke mahkamah selepas memuat naik status berbaur hinaan terhadap anggota polis.

Nurshahira yang sebelum ini dimaklumkan tidak mampu membayar denda sebanyak RM10,000 terpaksa menjalani dua bulan lagi hukuman penjara.

Sedia bayar denda untuk Nurshahira

Bagaimana pun, terdapat seorang insan berhati mulia, dikenali sebagai Muhammad Azlan Al-Amin, telah sudi untuk membantu Nurshahira membayar wang denda tersebut.

Menerusi Facebook lelaki itu, dia bersama adik lelakinya telah datang ke Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk menyelesaikan proses pembayaran denda serta permohonan ikat jamin Nurshahira.


Ibu ayah setia menanti anak


Sementara itu, hari ini Muhammad Azlan telah berkongsi foto bersama dengan ibu bapa Nurshahira yang sebak selepas akhirnya bertemu dengannya yang rela membantu membebaskan anak mereka.


Mengalir air mata seorang ayah

Dalam maklumat terbaru, Muhammad Azlan memaklumkan bahawa mahkamah telah menolak permohonan pengantungan hukuman sementara menunggu proses rayuan.

Dapat diperhatikan, bapa gadis tersebut tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib anak yang terpaksa menjalani hukuman penjara.


Tidak akan berputus asa, Muhammad Azlan berkata dia akan berusaha sedaya yang boleh untuk membantu gadis tersebut bebas daripada hukuman.

Gembira ada yang sudi tolong

Melihat wajah ibu dan ayah penuh harapan, telah mencetuskan rasa hiba dan simpati dalam kalangan netizen yang berharap gadis tersebut belajar daripada kesilapannya.





Setakat ini, kes Nurshahira masih lagi di dalam perbicaraan, diharapkan perkara seperti ini menjadi iktibar kepada anak muda yang lain supaya berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu.

Sumber: Muhammad Azlan Al-Amin via https://ohmymedia.cc



from Sehinggit Media https://ift.tt/2UOgxdU
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3aWfNcE
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment