Monday 6 April 2020

Harimau Malaya Bernama 'Nadia' Diuji Positif Coronavirus Di New York


Seekor Harimau betina yang berusia 4 tahun di Zoo Bronx telah disahkan positif Coronavirus.

Menurut Zoo Bronx di New York City berkata keputusan ujian tersebut disahkan oleh Makmal Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan di Lowa.

Harimau yang bernama Nadia serta dua ekor harimau yang lain serta tiga ekor singa Afrika telah mengalami batuk kering dan semuanya dijangka pulih sepenuhnya. Haiwan tersebut dipercayai dijangkiti oleh penjaga zoo tersebut.

“Kami menguji harimau (Nadia) ini dengan penuh berhati-hati dan memastikan pengetahuan yang kita akan dapat mengenai Covid-19 akan membantu seluruh dunia tentang pemahaman mengenai novel Coronavirus ini,” jelas pegawai zoo dalam satu kenyataan.

Haiwan ini mengalami penurunan selera makan tetapi ianya dalam keadaan yang baik di bawah penjagaan pihak zoo tersebut.


Pihak zoo berkata mereka tidak pasti bagaimana virus tersebut boleh timbul dalam kalangan haiwan seperti harimau dan singa ini sejak haiwan yang lain boleh bertindak balas dengan jangkitan baru ini. Bagaimanapun, haiwan-haiwan di zoo tersebut sedang dipantau dengan teliti.

Haiwan lain seperti harimau yang lain, harimau Salju, harimau Kumbang dan beberapa ekor lagi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit tersebut. Bagi harimau yang mempunyai gejala ini, mereka telah diasingkan di kawasan Tiger Mountain Zoo.

Zoo tersebut telah ditutup sejak 16 Mac kepada orang ramai sebagai langkah berjaga-jaga dan mereka telah ditempatkan mengikut kemudahan yang disediakan.

Satu kenyataan daripada pihak zoo tersebut mengatakan bahawa tiada bukti mana-mana orang yang dijangkiti Covid-19 di Amerika berpunca dari haiwan termasuklah haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing.

Sumber: BBC via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2whTnmR
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3e06oTh
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment