Tuesday, 7 April 2020

Giliran Fenomena "Super Pink Moon" Muncul, Boleh Dilihat Esok Pagi


Buat kali ketiga tahun 2020, kita bakal dapat menyaksikan fenomena supermoon yang dijangka akan berlaku pada 8 April ini.

Menurut Forbes, fenomena yang dinamakan Super Pink Moon ini bakal kelihatan besar ketika bulan mula terbit dengan warna antara oren dan kuning pucat buat beberapa minit.

Bagi anda yang tinggal di rumah bertingkat, anda boleh melihat Super Pink Moon itu dari balkoni rumah dengan melihat ke arah horizon timur pada 2.10 pagi nanti. Menjelang 10.35 pagi esok pula, bulan akan memasuki fasa bulan penuh ataupun purnama.

Bulan warna merah jambu?

Bukan, sebenarnya, nama Super Pink Moon ini bukanlah kerana warnanya yang merah jambu. Namun, ia digunakan bagi merujuk kepada fenomena bulan penuh pada April iaitu waktu ketika lumut pink atau phlox tanah liar sedang mekar.


Paling hampir dengan Bumi

Supermoon merupakan fenomena di mana bulan akan kelihatan 14 peratus lebih besar serta 16 peratus lebih cerah dari bulan penuh biasa.

Fenomena tersebut berlaku apabila bulan penuh berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi ketika ia bergerak mengikut orbitnya yang bujur. Justeru, ia akan kelihatan lebih besar dan cerah berbanding selalu.

Super Pink Moon dikatakan bakal berada pada jarak 221,772 batu dari Bumi pada 7 April ini.

Bukan yang terakhir, anda juga boleh melihat supermoon seterusnya pada 7 Mei akan datang, supermoon keempat dan terakhir bagi 2020.

Menurut Forbes, supermoon yang akan berada paling hampir dengan Bumi pada abad ini dijangka bakal berlaku pada 6 Disember 2052.


Sumber: Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/2yCucw4
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Rer93N
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment