Dr R Vishna seorang doktor warganegara Malaysia dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 di United Kingdom.
Perkara ini dikeluarkan pihak pengurusan Yayasan Wanita dan Kanak-Kanak Birmingham (BWS) melalui portal rasmi mereka.
Menerusi kenyataan itu, Dr Rasiah dikenali rakan sekerja dengan panggilan Vish yang merupakan seorang Pakar Perunding Neonatal di hospital berkenaan.
Isteri mendiang, dikenali sebagai Liza dalam pada itu turut menzahirkan rasa sedih diatas kehilangan suaminya.
“Vish turut disayangi keluarga dan rakan di Malaysia dan Trinidad.
“Dia komited terhadap kerjaya sehingga rakan kerja sudah dianggap sebagai ahli keluarga.
“Semua pesakit yang dirawat dilayan seperti keluarga sendiri, saya bangga dengannya.”
Portal itu dalam masa yang sama menyifatkan mendiang sebagai seorang doktor yang mempunyai kemahiran tinggi dan sudah merawat ramai pesakit di Birmingham.
“Vish seorang doktor yang sangat hebat, ketua dan rakan sekerja yang sangat komited terhadap pesakit dan keluarganya. Kehilangannya merupakan sesuatu yang sukar buat kami, apatah lagi anak dan isterinya,” kata Ketua Eksekutif, Sarah-Jane.
Sumber: Birmingham Women’s and Children via https://siakapkeli.my
from Sehinggit Media https://ift.tt/2Y39Jet
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3bBojhx
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment