Sebelum ini, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberitahu akan menembak mati mana-mana rakyatnya yang ingkar kepada arahan perintah berkurung susulan penularan wabak COVID-19.
Terbaru, seorang lelaki berusia 63 tahun maut selepas ditembak mati oleh polis Filipina kerana berdegil enggan memakai topeng muka dan melakukan provokasi kepada polis.
Ia sekaligus menjadi kes pertama orang awam Filipina yang ditembak oleh polis kerana melanggar peraturan yang ditetapkan oleh negara tersebut.
Dikatakan warga emas itu mempersoalkan tindakan polis yang menahannya kerana tidak memakai topeng muka. Tambah lagi, laporan turut mendakwa lelaki tersebut sedang dalam keadaan mabuk dan tidak sedar mengugut pihak berkuasa sambil memegang sebilah pisau tajam.
Kejadian tersebut juga dilaporkan berlaku di bandar Nasipit, di Wilayah Agusan del Norte.
Sumber: DW via Era.je
from Sehinggit Media https://ift.tt/2V4KIfP
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/34cyWnN
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment