Tuesday 7 April 2020

Covid-19: China Pertama Kali Catat Sejarah Tiada Kematian Baharu Dilaporkan


China mencatat sejarah buat pertama kalinya pada Selasa, tiada kematian baharu akibat wabak Covid-19 dilaporkan di negara itu sejak kematian diumumkan bermula Januari lalu.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, kes di Tanah Besar China semakin pulih sejak Mac, tetapi negara menghadapi gelombang kedua jangkitan yang dibawa dari luar negara di mana angka keseluruhan kes import hampir mencecah 1,000 kes.


Pihak Berkuasa Kesihatan China melaporkan, terdapat 32 kes baharu yang semuanya diimport dicatatkan di negara itu setakat semalam.

Sehingga kini, 81,740 orang telah dijangkiti dan 3,331 kematian telah direkodkan di China akibat wabak Covid-19 dengan majoriti di Wuhan dan sekitar wilayah Hubei.

Sumber: Khaleej Times via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/34iBGjR
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2V75LhT
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment