Friday, 24 April 2020

Bandar Di China Terpaksa Lockdown Semula Gara-gara Ada Yang Bawa Balik Virus Dari New York


Baru-baru ini, negara China telah pun tamat tempoh perintah berkurung disebabkan bilangan kes positif Coronavirus  di negara itu semakin menurun. Bagus tu, wabak dah semakin berakhir. 

Namun, menurut WORLD OF BUZZ, sebuah bandar di China iaitu bandar Harbin telah dikenakan arahan lockdown semula disebabkan seorang pelajar wanita yang baru sahaja pulang dari New York telah menjadi super spreader kepada penduduk di situ.

Pelajar yang dikenali sebagai Han itu telah selamat tiba di China pada 19 Mac lalu sebelum dikuarantinkan di rumah. Namun, ujian saringan Coronavirus pada 31 Mac telah menunjukkan dia negatif Coronavirus.

Han juga disahkan negatif sekali lagi setelah tamat tempoh kuarantin selama 14 hari. Jadi, dia ingat dia tidak pernah dijangkiti virus berbahaya tersebut. 


Pelajar yang berusia 22 tahun itu kemudiannya telah keluar makan dengan keluarganya pada 5 April setelah dibenarkan keluar oleh pihak kerajaan pada 3 April lalu. Selain itu, dia juga telah ke Shanghai selama tiga hari.

Chen, seorang pesakit strok yang dirawat di hospital disyaki telah dijangkiti oleh pelajar tersebut yang kemudiannya telah menjangkiti staff hospital yang lain.

Rupanya, secara tidak sengaja, dia telah menyebarkan virus tersebut kepada lebih kurang 70 orang.



Jadi, buat masa sekarang penduduk bandar Harbin telah diarahkan untuk duduk di rumah masing-masing.

Admin rasa bukan salah dia sepenuhnya jugak sebab mungkin alat ujian Coronavirus tu yang ada masalah. Sama-sama kita doakan agar wabak ini segera berakhir. 



from Sehinggit Media https://ift.tt/3aGt3Bf
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/3eOPFTe
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment