Perkembangan terbaru mengenai Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 156 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4116 kes. 166 orang telah disahkan sembuh dan dibenarkan pulang. Sementara itu 2 kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kematian Covid-19 seramai 65 orang.
Kes baharu
Sebanyak 76 pesakit sedang dirawat di wad ICU termasuk 45 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. Kes ke 64, seorang wanita 58 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis dan darah tinggi.
Manakala untuk kes yang ke 65 seorang lelaki warganeregara Pakistan, mempunyai sejarah hadir ke perhimpunan Sri Petaling, Tabligh.
Ada aktiviti kunjung mengunjung
Ada jangkitan baru yang dikesan di Negeri Sembilan hasil jangkitan dari perhimpunan Tabligh. Kes ini mula dikesan apabila 27 orang di kawasan tersebut disahkan positif.
Hal ini berpunca apabila kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Pedas, Linggi mengadakan satu mesyuarat yang dipercayai mempunyai seorang ahli dari perhimpunan tabligh di Sri Petaling.
Tambah Datuk Dr Noor Hisham lagi, kes ini sudah merebak kepada 3 generasi jangkitan kerana ada aktiviti kunjung mengunjung dengan alasan melawat orang sakit. Pihak KKM harap semua dapat mendengar arahan PKP ini bagi menjamin keselamatan masing-masing.
#COVID19Malaysia Sub-kluster di Daerah Rembau yg berkaitan perhimpunan di Seri Petaling.— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 8, 2020
27 disahkan positif termasuk dua kes dalam ICU.
Kes bermula di satu mesyuarat di sebuah sekolah apabila salah seorang ahli mesyuarat pernah hadiri perhimpunan di Seri Petaling. pic.twitter.com/taoKr83VZW
Sumber : KKM via Ohbulan.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/34jmQJE
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2Vccqrd
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment