Wednesday 25 March 2020

Seorang Lagi Maut Akibat Covid-19, Angka Kematian Keseluruhan 20 Orang


Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, mengesahkan bahawa terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 yang dilaporkan CPRC kebangsaan.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di akaun sosial medianya sebentar tadi, kes kematian yang ke-20 itu adalah merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun dan telah disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang tadi.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 20 kes.


Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020.

KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.



from Sehinggit Media https://ift.tt/3bkeG66
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2UC2YNn
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment