Friday, 27 March 2020

Kematian Akibat Covid-19 Meningkat Kepada 26 Orang, 130 Kes Baru Dilaporkan


Sehingga 12 tengahari tadi, terdapat 130 kes baru dilaporkan, menjadikan kes positif COVID19 di Malaysia adalah sebanyak 2,161.

Seramai 54 kes positif COVID sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 34 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat tiga (3) kes kematian baru dilaporkan termasuk satu pelaporan yang disiarkan di laman FB KKM pagi ini.

Kes kematian ke-24 (kes ke-1,056), seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 35 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau dirawat di HKL dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.


Kes kematian ke-25 (kes ke-2,032) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 6.55 petang.

Kes kematian ke-26 (kes ke1,321) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun dan merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes 1,309). Beliau dirawat di Hospital Sungai Buloh dan disahkan meninggal dunia pada 27 Mac 2020 jam 10.30 pagi.


Sumber: KKM


from Sehinggit Media https://ift.tt/3aoSc3M
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2y7WZZ7
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment