Friday, 27 March 2020

Malaysia Dipilih WHO Untuk Kaji Ubat COVID-19


Malaysia antara negara yang dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjalankan penyelidikan penggunaan ubat Remdesivir untuk pesakit COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata antara kriteria yang menyebabkan Malaysia dipilih untuk melaksanakan penyelidikan itu adalah kerana keupayaan dan kemampuan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan kajian.

“Antara sebab yang kita dipilih ialah kita dah dikenal pasti sebagai negara yang mempunyai sistem kesihatan penyelidikan yang baik dan mungkin sebab itu WHO memilih KKM untuk melaksanakan penyelidikan ini secara bersama.


“Penyelidikan ini akan tertumpu di Hospital Sungai Buloh dan hospital-hospital yang mengendalikan pesakit COVID-19, yang KKM akan memberi rawatan kepada pesakit menggunakan ubat yang terbaru (Remdesivir).

“KKM juga akan turut memantau kesan sampingan, kemujaraban ubat ini dan sebagainya,” katanya menerusi laporan Bernama.

Dr Noor Hisham berkata butiran lanjut seperti tempoh kajian dan sebagainya mengenai penyelidikan keberkesanan ubat Remdesivir ini akan dibincangkan dengan pihak WHO malam ini.

“Malam ini kami akan buat perbincangan secepat mungkin dan kalau dapat ubat itu, kita akan terus laksanakan penyelidikan,” ujarnya.


Sumber: Bernama via ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/3bxLoB0
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2WMPKjK
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment