Penggunaan topeng muka dan sarung tangan menjadi salah satu alat perlindungan diri oleh orang ramai sewaktu keluar daripada rumah untuk mengelak daripada dijangkiti wabak Covid-19.
Namun begitu, seorang jururawat melalui Facebook Nur Syuhada, berkongsi mengenai penggunaan sarung tangan yang salah terutama dalam kalangan pekerja barisan hadapan di stesen minyak, pasaraya dan sebagainya.
Malah, penggunaan yang salah ini lebih berbahaya kerana dikhuatiri boleh menjadi punca penyebaran virus kepada lebih ramai orang.
Cikda nak tegur sikit. Sikit je. Siapa ajar pakai satu glove untuk sepanjang hari? Cikda perati je. Cashier station minyak, cashier kat kedai. Tak kisah kedai kecik ke market besar ke. Nak tegur ni. Korang tau tak cara rebakan virus covid ni adalah melalui droplets?? Maksudnya titisan.
Kami pakai glove kat wad, satu glove sekali pakai je. Attend patient, dah attend remove dispose! Bukan guna untuk 7/8/9jam wey. Korang konon protect diri sendiri. Salahkan orang duk sebar virus! Yang korang ni tak sedar ke korang pembawa virus jugak!!! Hish.. marah cikda ni.
Wey. Meh nak bagi contoh biar korang paham lagi. Contoh. Korang served untuk 100 customer. Lepas tu customer first korang tu rupanya positif covid. Korang selamat sebab pakai glove, mask. Tapi yang lekat kat glove tu?? Lagi 99 orang lagi yang selepas tu apa jadi?? So siapa yang bawa virus tu kat diorang?
Kalau korang nak sangat pakai glove, customer first tadi datang, korang dispose glove lepas guna. Then pkai balik untuk next customer. Baru la betul!! Ni tak! Konon jaga dri…. sedar covid bahaya tu bagus. Tapi ambil tau cara rebakan dia. Tolong la.
Korang antara orang yang penting untuk tangani kes covid jugak. Kalau rasa nak pakai glove, cikda cadang pakai la yang jenis disposable tu. Yang selalu cikda letak kat dapur buat gaul apa-apa nak masak tu. Lepas pakai buang. Then pakai lagi. Takda la mahal sangat.! Ni tak sampai kuning glove tu korang pkai! Frust weh.
Sumber: Nur Shuhada via Siakapkeli
from Sehinggit Media https://ift.tt/2ycBRkE
via Merah Hati Cintaku
from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/2UDuQ3T
via merahhaticintaku.blogspot.my
No comments:
Post a Comment