Thursday 26 March 2020

TERKINI: Kes Positif COVID-19 Di Malaysia Cecah 2031, Kematian Meningkat Kepada 23 Orang


SEBANYAK 235 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 2,031 kes manakala angka korban bertambah satu kes menjadikan 23 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah keseluruhan kes baharu yang dilaporkan itu, 60 kes adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Katanya, 175 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih dalam siasatan untuk kepastian.

"Sehingga kini, 45 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

"Dukacita dimaklumkan, terdapat satu kes kematian baru dilaporkan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC). Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 adalah sebanyak 23 kes.


"Kes kematian ke-23 adalah seorang lelaki berusia 62 tahun dengan latar belakang penyakit kronik. Beliau menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh dan meninggal dunia 12.37 tengah hari tadi," katanya dalam sidang media harian terkini Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, 80 anggota kesihatan KKM dikesan positif penyakit Covid-19 namun setakat ini, tiada kes jangkitan yang disebabkan oleh pengendalian kes positif Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM.

"Daripada jumlah itu, seramai 39 anggota adalah dari kejadian kluster di Hospital Teluk Intan, Perak. Mengambil kira situasi semasa, KKM menetapkan agar

semua anggota kesihatan dan anggota sokongan untuk menjalani ujian pengesanan Covid-19 di hospital berkenaan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, walaupun dalam keadaan situasi wabak, KKM ingin menekankan bahawa Perkhidmatan Kesihatan Ibu Hamil dan Anak adalah berjalan seperti biasa.

Katanya, anggota kesihatan akan melaksanakan perkhidmatan lawatan ke rumah kepada ibu lepas bersalin untuk memastikan ibu dan anak dalam keadaan sihat manakala bagi ibu hamil dan ibu bapa yang berada di luar kawasan, boleh mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/3bpllvS
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/33XJJm1
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment