Saturday, 28 March 2020

“Artis Pun Rakyat Malaysia, Mungkin Kerajaan Boleh Bagi Bantuan Khusus”


Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan apabila ada beberapa selebriti meluahkan pendapat mengenai nasib artis susulan lajutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana ‘periuk nasi’ mereka terjejas kerana tiada kerja.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelawak Shuib Sepahtu yang tampil mempertahankan Black Hanifah dan Tomok mengenai pendapat mereka itu. Shuib menegaskan rakan-rakannya itu bukan meminta bantuan untuk diri sendiri tetapi penggiat seni lain yang terkesan akibat PKP.

“Mereka keluarkan kenyataan untuk mewakili artis-artis lama, artis veteran, penggiat seni lain macam pengarah, penulis skrip, make-up artis dan sebagainya.


“Sebab bila ada PKP confirm diorang takda job. Berapa lama ni? Kita pun tak tahu berapa lama akan berada dalam PKP,” katanya.

Mengulas mengenai artis dipertikai kerana tidak menyumbang apa-apa kepada negara, Shuib berkata selama ini golongan artis inilah yang menghiburkan semua orang dan mereka juga rakyat Malaysia serta turut sama perlu dibantu.


View this post on Instagram

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

“Sebelum ni artislah buat lawak, artislah buat show, artislah buat persembahan untuk hiburkan korang. Artis dan juga barisan belakang juga marhaen, juga rakyat Malaysia. Semua orang akan ada masalah kewangan.

“Mungkinlah kerajaan boleh keluarkan bantuan khusus untuk artis dan penggiat seni yang tak ada job langsung. Itu saja. Kalau ada alhamdulillah, kalau tak ada nak buat macam mana?,” katanya.

Sumber: Rotikaya


from Sehinggit Media https://ift.tt/39ovfwk
via Merah Hati Cintaku

from Merah Hati Cintaku https://ift.tt/33S4tLH
via merahhaticintaku.blogspot.my

No comments:

Post a Comment